Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Peroleh telaga gas di Turkmenistan cerminan keyakinan kepada keupayaan Malaysia – PM Anwar
  • NASIONAL

Peroleh telaga gas di Turkmenistan cerminan keyakinan kepada keupayaan Malaysia – PM Anwar

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Forum Turkmenistan-Malaysia: 30 Tahun Kerjasama Saling Menguntungkan dalam Industri Minyak dan Gas serta Ufuk Baharu Perkongsian di Dewan Perniagaan dan Industri Turkmenistan, semalam. Foto BERNAMA

BATU KAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperoleh telaga gas antara yang terbesar dunia di Turkmenistan sebagai bukti jelas keyakinan negara luar terhadap keupayaan Malaysia, kestabilan politik negara ini serta profesionalisme syarikat tempatan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata perjanjian yang dimeterai dengan kerajaan Turkmenistan ketika lawatan beliau ke negara itu membolehkan Malaysia menerusi Petronas terlibat dalam pembangunan medan gas utama di negara yang memiliki antara rizab gas terbesar dunia.

“Ini menandakan keyakinan negara luar kepada kita, keamanan yang kita capai, perpaduan rakyat dan kesungguhan syarikat seperti Petronas, kegigihan golongan profesional bekerja dan komitmen untuk membangunkan negara. 

“Ini harus memberi rangsangan kepada kita (Malaysia) bahawa ruang terbuka luas, sekiranya kita fokus untuk mengangkat martabat dengan disiplin, kesungguhan dan secara positif membangunkan,” kata Anwar ketika merasmikan pembukaan MKS Instruments Malaysia Sdn Bhd di Bandar Cassia Technology Park, di sini hari ini.

Pemeteraian tersebut terjalin berikutan lawatan rasmi beliau ke Turkmenistan selama dua hari bermula 18 dan 19 Jun atas jemputan Presiden Serdar Berdimuhamedov yang juga sebagai membalas lawatan rasmi Berdimuhamedov ke Malaysia pada Disember 2024.

Lawatan itu adalah lawatan rasmi pertama Anwar ke Turkmenistan dan kali kelima oleh Perdana Menteri Malaysia.

Petronas memulakan operasi di Turkmenistan pada 1996 dan kemudian berkembang menjadi kerjasama berkekalan antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Anwar turut mengalu-alukan kehadiran dan pengembangan operasi syarikat teknologi global di Malaysia, khususnya di Pulau Pinang, yang disifatkan beliau semakin diiktiraf sebagai hab utama industri semikonduktor dan teknologi tinggi di rantau ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Media perlu kuasai algoritma, AI perluas capaian berita sahih – Pakar
Next: PDB perluas inisiatif pengumpulan minyak masak terpakai ke 100 stesen di seluruh negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.