Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • IPD Meradong terus giat perangi penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

IPD Meradong terus giat perangi penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENAGIH dadah ditahan oleh pihak polis IPD Meradong, baru-baru ini. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang wanita berumur 30 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam Ops Tapis yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, suspek ditahan oleh sepasukan polis Pasukan Khas IPD Meradong kira-kira 9.15 malam ketika operasi tersebut dijalankan.

Katanya, wanita terbabit kemudiannya dibawa ke IPD Meradong untuk menjalani pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Saringan ujian air kencing terhadap suspek di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek tiada mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut,” katanya.

Tansli berkata, pihak polis akan terus memperhebatkan operasi dan pemantauan bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Saya menyeru supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis siasat kes ugutan pemberi pinjaman dalam talian
Next: Pemandu disyaki mabuk ditahan, 35 saman dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.