Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Harga minyak kembali meningkat melebihi AS$80 setong
  • GLOBAL

Harga minyak kembali meningkat melebihi AS$80 setong

Utusan Sarawak 14 hours ago
HARGA minyak kembali meningkat melebihi AS$80 setong. Foto hiasan.

ISTANBUL: Harga minyak mentah Brent kembali melepasi paras AS$80 setong hari ini apabila pelabur menilai semula risiko geopolitik susulan pembatalan rundingan yang dirancang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran serta serangan baharu Israel di Lubnan, di sebalik keadaan perkapalan yang semakin pulih di Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sekitar AS$80.11 setong setakat 0700 GMT (1500 waktu Malaysia).

Harga minyak meningkat selepas Switzerland memaklumkan bahawa rundingan yang dirancang antara AS dan Iran tidak akan berlangsung mengikut jadual.

Kementerian Luar Switzerland berkata, perbincangan yang dijadualkan berlangsung di Burgenstock dibatalkan selepas Rumah Putih mengumumkan bahawa Naib Presiden AS JD Vance tidak akan berlepas ke Switzerland kerana butiran logistik bagi rundingan teknikal yang dijangka diadakan dengan Iran masih belum dimuktamadkan.

Pembatalan itu mencetuskan kebimbangan mengenai fasa seterusnya usaha diplomatik selepas perjanjian damai sementara AS-Iran yang menamatkan konflik berpanjangan sehingga menyebabkan gangguan bekalan terbesar dalam rekod.

Secara berasingan, Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan bahawa serangan pengeboman dan bedilan artileri Israel di bandar Nabatieh serta kawasan sekitarnya mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan beberapa lagi pada awal pagi Jumaat.

Walaupun risiko geopolitik kembali meningkat, pelabur turut memberi perhatian kepada petanda pemulihan aliran bekalan tenaga melalui Selat Hormuz.

Komando Pusat AS mengumumkan bahawa pihaknya telah menarik balik sekatan terhadap trafik ke dan dari pelabuhan serta perairan pantai Iran, manakala Pusat Maklumat Maritim Bersama menasihatkan kapal yang melalui selat itu supaya menggunakan laluan yang lebih hampir dengan pesisir pantai Oman bagi mengurangkan risiko periuk api laut.

Kapal tangki yang membawa minyak mentah yang sebelum ini terkandas mula keluar dari laluan perairan itu pada Khamis, manakala Kuwait memaklumkan bahawa negara itu akan mula meningkatkan pengeluaran minyaknya.

Prospek perkapalan yang semakin pulih mengehadkan kenaikan harga minyak. Harga minyak kini hampir menghapuskan keseluruhan kenaikan yang direkodkan sejak tercetusnya konflik di Asia Barat pada akhir Februari dan dijangka mencatat penurunan ketara bagi minggu ini. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Pemain bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi akan dibicarakan atas dakwaan rogol
Next: Salji musim panas yang jarang berlaku landa Mongolia, cetus amaran cuaca sejuk melampau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.