Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Keputusan STPM 2025 catat PNGK nasional tertinggi sejak 2023
  • PENDIDIKAN

Keputusan STPM 2025 catat PNGK nasional tertinggi sejak 2023

Utusan Sarawak 9 hours ago
PENGERUSI Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff bercakap pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Dewan Besar MPM hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pencapaian keseluruhan calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 menunjukkan peningkatan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) nasional meningkat kepada 2.88 berbanding 2.85 pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata peningkatan 0.03 mata itu menjadikan PNGK STPM 2025 sebagai yang tertinggi sejak 2013 dengan peningkatan sebanyak 12.06 peratus berbanding PNGK 2.57 yang dicatatkan pada tahun berkenaan.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata sebanyak 40,199 calon mendaftar untuk menduduki STPM 2025 berbanding 42,861 calon pada 2024.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 38,144 calon atau 94.89 peratus hadir menduduki peperiksaan,” katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2025 di Dewan Besar MPM hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad.

Dari segi aliran, beliau berkata sebanyak 35,774 calon atau 93.79 peratus yang hadir terdiri daripada aliran sains sosial manakala 2,370 calon atau 6.21 peratus aliran sains.

Beliau berkata mata pelajaran Pengajian Am kekal sebagai mata pelajaran wajib dengan bilangan calon menduduki tertinggi, iaitu sebanyak 38,083 orang.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 1,336 calon atau 3.50 peratus memperoleh PNGK 4.00, meningkat sebanyak 70 calon berbanding tahun 2024.

Beliau berkata bilangan calon memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam semua lima mata pelajaran diambil meningkat daripada 53 calon pada 2024 kepada 60 calon pada tahun ini.

Bilangan calon yang memperoleh 4A turut meningkat kepada 1,285 orang berbanding 1,228 calon pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata peratusan calon yang memperoleh lulus penuh pada peringkat prinsipal bagi empat dan lima mata pelajaran turut meningkat kepada 77.64 peratus atau 29,616 calon berbanding 76.55 peratus pada STPM 2024.

Dari segi pengagihan PNGK, peratusan longgokan calon pada PNGK 3.75, 3.00, 2.75 dan 2.00 juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, daripada 38,144 calon yang hadir menduduki peperiksaan, sebanyak 38,128 calon atau 99.96 peratus layak dianugerahkan Sijil STPM 2025.

MPM memaklumkan syarat kelayakan memperoleh sijil STPM ialah calon perlu mendapat sekurang-kurangnya lulus sebahagian dalam satu mata pelajaran.- Bernama

Continue Reading

Previous: KPM sasar tingkat enrolmen sekolah menengah lepasi 95 peratus
Next: Lebih ramai pelajar elit akademik lahir menerusi STPM Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.