Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Puteri Mahkota Norway Mette-Marit terima paru-paru baharu
  • GLOBAL

Puteri Mahkota Norway Mette-Marit terima paru-paru baharu

Utusan Sarawak 11 hours ago
PUTERI Mahkota Norway Mette-Marit. Foto: AFP

STOCKHOLM: Puteri Mahkota Norway Mette-Marit yang menghidap penyakit serius berjaya menjalani pembedahan pemindahan paru-paru, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pengumuman keluarga diraja hari ini.

Mette-Marit, 52, menghidap fibrosis pulmonari, iaitu penyakit yang tidak boleh disembuhkan dan menyebabkan parut pada tisu paru-paru serta menyukarkan pernafasan.

Isteri kepada Putera Mahkota Haakon itu menggunakan tangki oksigen untuk membantu pernafasan dalam kehidupan sehariannya.

Istana Diraja di Oslo mengumumkan pada 5 Jun bahawa Mette-Marit telah dimasukkan dalam senarai menunggu untuk menerima paru-paru baharu.

Menurut agensi berita Norway NTB yang memetik Yayasan Pendermaan Organ negara itu, bilangan penderma organ yang berpotensi di Norway meningkat dengan ketara selepas pengumuman berkenaan dibuat. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Jakarta pergiat usaha jadi hab perfileman, Netflix berminat tingkat kerjasama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.