Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Aplikasi cHEART ‘produk baharu’ PIK
  • NASIONAL

Aplikasi cHEART ‘produk baharu’ PIK

Utusan Sarawak 4 years ago

KUANTAN, 14 Mac -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah (tengah) menyempurnakan pelancaran Aplikasi cHEART di Pusat Internet Komuniti Cherating, hari ini. Turut sama Ketua Pegawai Eksekuti DATA8 Sdn Bhd Rajifah Ramli (kiri). Aplikasi cHEART yang dibangunkan oleh syarikat DATA8 Sdn Bhd memudahkan pesakit terutama pesakit luar bandar bagi mendapatkan pemeriksaan susulan dengan doktor hanya perlu membuka aplikasi cHEART untuk berinteraksi dengan doktor dan dapat menjimatkan kos dan masa. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA?

BERINTERAKSI… Datuk Saifuddin Abdullah menyempurnakan pelancaran Aplikasi cHEART di Pusat Internet Komuniti Cherating, semalam. Turut sama Ketua Pegawai Eksekuti DATA8 Sdn Bhd Rajifah Ramli (kiri). •Foto BERNAMA

KUANTAN: Aplikasi e-perubatan, cHEART merupakan ‘produk baharu’ Pusat Internet Komuniti (PIK) yang membolehkan orang ramai mendapatkan khidmat nasihat atau konsultasi susulan kesihatan secara dalam talian, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah. 

Beliau berkata, aplikasi itu dibangunkan oleh syarikat teknologi tempatan, DATA8 Sdn Bhd dengan PIK Kampung Cherating di sini, dipilih sebagai lokasi rintis untuk menjadi model penggunaannya sebelum dikembangkan ke lebih banyak PIK secara berperingkat. 

Setakat ini, terdapat 873 PIK di seluruh negara di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan penggunaan cHEART, menurut Saifuddin juga sebagai platform membudayakan teknologi dalam masyarakat khususnya di luar bandar atau pedalaman menerusi PIK. 

“cHEART adalah sumbangan daripada pemain industri dan syarikat telekomunikasi untuk membuka lebih banyak ruang dan permintaan terhadap sistem e-Perubatan, memandangkan buat masa ini, permintaan di peringkat akar umbi untuk mendapatkan perkhidmatan secara maya masih belum meluas. 

“Kita menggalakkan penduduk tempatan yang memerlukan perkhidmatan konsultasi susulan doktor atau pakar untuk menggunakan aplikasi ini dengan membuat janji temu bersama doktor di PIK tanpa perlu ke hospital yang secara tidak langsung menjimatkan masa, kos dan tenaga,” katanya. 

 
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran aplikasi cHEART serta memperkenalkan perkhidmatan bungkus dan hantar di PIK Kampung Cherating di sini, semalam. 

Turut hadir ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TM ONE Ahmad Taufek Omar, Pengasas DATA8 Sdn Bhd Rajifah Ramli, Pengarah MCMC Pahang Zahari Ismail dan Pengurus Besar Telekom Malaysia Pahang Datuk Zulfikri Hashim. — Bernama 
 

Continue Reading

Previous: UMNO, PAS setuju bangkit isu kalimah Islam
Next: 1.4 juta individu tidak lengkapkan pendaftaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.