Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rektor UIAM Osman Bakar dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
  • NASIONAL

Rektor UIAM Osman Bakar dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Utusan Sarawak 13 hours ago
TIMBALAN Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (tengah) yang juga Sultan Perak berkenan bergambar bersama penerima anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Prof Datuk Dr Osman Bakar (dua, kiri) dan Dr Ahmad Al-Raysuni (dua, kanan) pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Masjid Putra hari ini. Turut mengiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. Sambutan Ma’al Hijrah pada tahun ini bertemakan “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di Masjid Putra di sini hari ini.

Pada majlis sama, pakar fiqah Islam dari Maghribi Dr Ahmad Al-Raysuni diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan mengurniakan wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada dua tokoh berkenaan.

Majlis sambutan tahun ini bertemakan ‘MADANI Dihayati, Ummah Diberkati’.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof bersama isteri Datin Ruziah Mohd Tahir serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

— LAGI

Continue Reading

Previous: Sistem pesawat tanpa pemandu ANKA-S lonjak keupayaan pengawasan maritim negara 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.