Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Messi jadi pemain pertama main enam edisi Piala Dunia
  • SUKAN

Messi jadi pemain pertama main enam edisi Piala Dunia

Utusan Sarawak 16 hours ago
LIONEL Messi #10 dari Argentina memandang aksi permainan semasa perlawanan Kumpulan J Piala Dunia FIFA 2026 antara Argentina dan Algeria di Stadium Kansas City pagi ini di Kansas City, Missouri. Foto AFP

KANSAS CITY, Amerika Syarikat: Lionel Messi menjadi pemain pertama dalam sejarah bola sepak lelaki yang beraksi dalam enam edisi Piala Dunia apabila diturunkan dalam kesebelasan utama Argentina menentang Algeria dalam aksi pembukaan di Kansas City pada Selasa (waktu tempatan).

Pemain berusia 38 tahun itu, yang mengetuai Argentina menjuarai Piala Dunia empat tahun lalu di Qatar, turut mencatat penampilan antarabangsa ke-200 bersama skuad kebangsaan.

Sementara itu, seteru utamanya, Cristiano Ronaldo, berpeluang menyamai rekod enam penampilan Piala Dunia Messi jika diturunkan bersama Portugal menentang DR Congo pada Rabu.

Messi membuat penampilan sulung Piala Dunia pada usia remaja dalam edisi 2006 di Jerman dan sebelum ini mengumumkan bahawa kejohanan 2022 di Qatar akan menjadi penampilan terakhirnya.

Namun, beliau memainkan peranan penting membawa Argentina menjuarai kejohanan tersebut dengan tujuh gol, termasuk dua jaringan dalam perlawanan akhir menentang Perancis.

Pemenang lapan kali Ballon d’Or itu bagaimanapun berubah fikiran mengenai persaraannya dan muncul penjaring terbanyak kelayakan Amerika Selatan bagi Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

Pemain Inter Miami itu turut berada dalam prestasi cemerlang di Major League Soccer (MLS) apabila menjaringkan 13 gol dalam 16 perlawanan pada 2026.

“Saya suka bermain bola sepak dan saya akan terus melakukannya selagi saya mampu,” kata bekas penyerang Barcelona itu baru-baru ini.

Messi, yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Argentina, kini menjadi hanya pemain ketiga mencapai 200 penampilan antarabangsa selepas Ronaldo dan Bader Al-Mutawa dari Kuwait.– AFP

Continue Reading

Previous: Dua gol Haaland bantu Norway tewaskan Iraq dalam aksi pembukaan Piala Dunia
Next: Solbakken puji Haaland selepas dua gol bantu Norway tewaskan Iraq

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.