Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kelisa musnah dijilat api, bomba berjaya kawal kebakaran
  • KEBAKARAN

Kelisa musnah dijilat api, bomba berjaya kawal kebakaran

Utusan Sarawak 12 hours ago
 SEBUAH kereta jenis Perodua Kelisa musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran kenderaan di simpang Kampung Tian Mawang di sini malam tadi. Foto JBPM Sarawak

SERIAN: Sebuah kereta jenis Perodua Kelisa musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran kenderaan di simpang Kampung Tian Mawang di sini malam ini.

Kejadian dilaporkan kepada Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak pada 9.06 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi.

Setibanya pasukan operasi di tempat kejadian, sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan didapati telah terbakar 100 peratus. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada jentera bomba. Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh operasi sebelum keadaan disahkan selamat.

Operasi ditamatkan pada 9.28 malam setelah keadaan disahkan terkawal sepenuhnya.

Seramai lapan anggota terlibat dalam operasi tersebut bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS), diketuai oleh Rosnani Malong.

Selepas selesai operasi, semua anggota bertolak balik ke balai.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Warga emas tidak sedarkan diri diselamatkan dalam kebakaran rumah
Next: Tindakan pantas penduduk padam kebakaran dapur rumah di Kampung Balingan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.