Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi bermagnitud 6.3 gegar Qinghai, seorang maut, empat cedera
  • GLOBAL

Gempa bumi bermagnitud 6.3 gegar Qinghai, seorang maut, empat cedera

Utusan Sarawak 5 hours ago

XINING: Seorang disahkan maut manakala empat yang lain cedera setakat 6.40 petang Selasa selepas gempa bumi dengan magnitud 6.3, menggegarkan Wilayah Autonomi Haixi Mongolia dan Tibet di Wilayah Qinghai, barat laut China.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa bumi itu berlaku pada 5.06 petang pada kedalaman 10 kilometer, dengan pusat gempa dikesan pada 37.80 darjah utara garis lintang dan 95.56 darjah timur garis bujur.

Biro Seismologi Wilayah Qinghai telah menghantar pasukan kerja ke lokasi kejadian bagi membantu pihak berkuasa tempatan melaksanakan tindak balas kecemasan.

Menurut Biro Pengurusan Kecemasan Wilayah, respons kecemasan bencana gempa bumi  Tahap II telah diaktifkan pada 6.10 petang. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Saintis Australia temukan spesies baharu yu berjalan
Next: Ribuan dipindahkan di Potsdam, Jerman ketika proses nyahaktif bom perang dunia kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.