Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPWS sedia terajui budaya kelestarian bermula dari rumah 
  • Utara
  • WILAYAH

PPWS sedia terajui budaya kelestarian bermula dari rumah 

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Norhyati Mohd Ismail berucap pada majlis perasmian Fasiliti SisaSMART@Bintulu (BDA-PPWS) yang berlangsung di bangunan PPWS bagi Daerah Bintulu dan Tatau, hari ini.

BINTULU: Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) bersedia memainkan peranan lebih aktif dalam membudayakan amalan pengurusan sisa lestari dalam kalangan masyarakat menerusi pengoperasian Fasiliti SisaSMART@Bintulu (BDA-PPWS).

Pengerusi Negeri PPWS, Dato Norhyati Mohd Ismail berkata, wanita mempunyai peranan penting sebagai agen perubahan dalam memastikan kelestarian alam sekitar bermula dari institusi keluarga sebelum diperluas ke peringkat komuniti.

Menurut beliau, penglibatan wanita amat signifikan kerana mereka berupaya mempengaruhi amalan harian keluarga termasuk pengasingan sisa, kitar semula dan pengurangan pembaziran makanan.

“Sebagai sebuah pertubuhan yang sentiasa komited terhadap pembangunan wanita dan komuniti, PPWS melihat peranan golongan wanita sebagai ejen perubahan adalah amat signifikan dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

DATU Muhamad Yakup Kari bersama Dato Norhyati Mohd Ismail meninjau operasi Fasiliti SisaSMART@Bintulu selepas majlis perasmian.

“Wanita bukan sahaja berperanan besar dalam institusi keluarga, malah mampu menjadi pemimpin dalam menggerakkan kesedaran masyarakat terhadap amalan hijau,” katanya pada majlis perasmian Fasiliti SisaSMART@Bintulu (BDA-PPWS) di bangunan PPWS Daerah Bintulu dan Tatau hari ini.

Beliau berkata, PPWS menyambut baik kepercayaan yang diberikan untuk mengendalikan fasiliti tersebut dan berharap projek berkenaan dapat diperluas ke kawasan lain di Sarawak.

Justeru, Norhyati turut mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk BDA dalam melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar dan program pengurusan sisa komuniti.

Katanya, PPWS Bintulu yang mempunyai kira-kira 1,000 ahli bersedia membantu menjayakan usaha membentuk masyarakat yang lebih peka terhadap kepentingan pengurusan sisa dan pemeliharaan alam sekitar.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BDA rancang perluas model SisaSMART ke kawasan lain
Next: Marudi Classic 2.0 perkukuh pelancongan sukan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.