Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perjanjian damai AS-Iran dimeterai, Trump umum buka semula Selat Hormuz
  • GLOBAL

Perjanjian damai AS-Iran dimeterai, Trump umum buka semula Selat Hormuz

Utusan Sarawak 4 hours ago
DONALD Trump Donald Trump berkata perjanjian damai yang dicapai antara AS dan Iran akan membolehkan trafik maritim serta penghantaran tenaga melalui Selat Hormuz kembali beroperasi tanpa sekatan. Foto AFP

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad mengumumkan bahawa perjanjian dengan Iran telah dimuktamadkan dan berkata beliau memberi kebenaran bagi pembukaan semula Selat Hormuz serta penamatan sekatan tentera laut AS, lapor Anadolu Ajansi.

“Perjanjian dengan Republik Islam Iran kini selesai dimeterai. Tahniah kepada semua!” kata Trump menerusi hantaran di platform Truth Social miliknya.

“Saya dengan ini memberi kebenaran penuh kepada pembukaan Selat Hormuz tanpa sekatan, dan pada masa sama, membenarkan penamatan segera sekatan tentera laut Amerika Syarikat,” katanya.

Trump turut memberi bayangan mengenai penyambungan semula trafik maritim dan penghantaran tenaga menerusi laluan strategik itu dengan berkata: “Kapal-kapal dunia, hidupkan enjin anda. Biarkan minyak mengalir!”

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai perjanjian itu atau pelaksanaan langkah berkenaan dalam kenyataannya.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pada awal Isnin mengumumkan bahawa AS dan Iran mencapai perjanjian damai susulan rundingan intensif.

“Susulan rundingan intensif, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa perjanjian damai antara Amerika Syarikat dan Republik Islam Iran telah DICAPAI,” kata Sharif menerusi hantaran di platform media sosial X.

Beliau berkata kedua-dua pihak turut mengisytiharkan penamatan segera dan berkekalan operasi ketenteraan di semua kawasan konflik, termasuk di Lubnan.

Menurut Sharif, majlis pemeteraian rasmi dijadual berlangsung pada 19 Jun di Switzerland.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.3 magnitud gegar Mindanao, Filipina – GFZ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.