Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembangunan Belia Sarawak perlu bermula dari akar umbi
  • TEMPATAN

Pembangunan Belia Sarawak perlu bermula dari akar umbi

Utusan Sarawak 5 hours ago
SELAMAT BERTANDING…Henry Sum menyampaikan sijil penyertaan kepada pengurus Pasukan Sepak Takraw Sukma Sabah.  

LAWAS: Pembangunan belia di Sarawak perlu digerakkan dari peringkat akar umbi menerusi pelbagai program yang diselaraskan oleh kementerian di peringkat Persekutuan dan negeri.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong, berkata golongan belia merupakan aset penting yang akan meneruskan agenda pembangunan Sarawak pada masa hadapan dan justeru perlu diberikan perhatian yang serius.

Menurut beliau, lebih banyak peruntukan wajar disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di peringkat Persekutuan dan negeri bagi melaksanakan program yang memberi impak secara langsung kepada golongan belia.

“Kita berharap lebih banyak peruntukan dapat disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di peringkat Persekutuan mahupun negeri untuk memperkasakan belia menerusi program-program yang memberi kesan langsung kepada mereka.

“Kita juga perlu sentiasa mendampingi belia di akar umbi bagi memahami keperluan dan aspirasi generasi muda supaya mereka terus terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan pelbagai program pembangunan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Wanita Terbuka Bawah 21 Tahun yang dianjurkan oleh Saberkas Cawangan Ba’kelalan dengan kerjasama Kelab Sepak Takraw SMK Merapok Lawas (KeSTaM), semalam.

Dalam pada itu, Henry melahirkan rasa gembira melihat penyertaan ramai belia wanita dalam sukan sepak takraw dan berharap lebih ramai pemain dari Lawas mampu mengembangkan bakat mereka sehingga ke peringkat kebangsaan.

“Wanita Sarawak mempunyai potensi yang besar. Masih banyak bakat di kawasan pedalaman dan kampung-kampung yang boleh dicungkil untuk melahirkan atlet bertaraf dunia.

“Tahniah kepada Saberkas Cawangan Ba’kelalan atas usaha menganjurkan kejohanan sulung ini yang menjadi platform penting dalam pembangunan sukan sepak takraw wanita,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: ‘Cermin diri sendiri dulu’ – Abdul Karim tempelak FAM
Next: Wanita Dayak digesa berganding bahu tangani isu sosial remaja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.