Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anak Puteri Mahkota Norway dihukum penjara empat tahun
  • GLOBAL

Anak Puteri Mahkota Norway dihukum penjara empat tahun

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEGUAM mangsa John Christian Elden dan peguam pembela Ellen Holager Andenæs berbual di mahkamah sebelum pengumuman keputusan kes terhadap Marius Borg Høiby di Oslo, Norway, pada 15 Jun 2026. Foto AFP

STOCKHOLM: Anak lelaki kepada Puteri Mahkota Norway Mette-Marit, Marius Borg Hoiby, dijatuhi hukuman penjara empat tahun atas pelbagai kesalahan jenayah, lapor agensi berita Jerman dpa yang memetik media Norway pada Isnin.

Menurut akhbar Verdens Gang, mahkamah membebaskannya daripada dua daripada empat pertuduhan rogol yang dikenakan terhadapnya. Namun, beliau disabitkan kesalahan bagi dua lagi pertuduhan.

Laporan turut menyatakan Hoiby turut diperintahkan membayar pampasan kepada empat wanita, termasuk dua bekas teman wanitanya.

Atas faktor kesihatan, Hoiby, yang berdepan kira-kira 40 pertuduhan keseluruhannya tidak hadir secara fizikal ke mahkamah, sebaliknya mengikuti prosiding menerusi pautan video dari penjara.

Perbicaraan yang berlangsung dari awal Februari hingga pertengahan Mac itu mengejutkan Norway dan menarik perhatian media antarabangsa.

Hoiby ialah anak tiri kepada Putera Mahkota Haakon, pewaris takhta Norway, namun beliau tidak memegang sebarang gelaran diraja dan bukan anggota rasmi keluarga diraja. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: “Ini budaya kami”, penyokong Jepun bersihkan stadium selepas perlawanan
Next: Gempa bumi 6.3 magnitud gegar Mindanao, Filipina – GFZ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.