Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jaring gol penyamaan, pemain Qatar terima ganjaran RM14.1 juta, Rolls-Royce Phantom
  • SUKAN

Jaring gol penyamaan, pemain Qatar terima ganjaran RM14.1 juta, Rolls-Royce Phantom

Utusan Sarawak 8 hours ago
PEMAIN pertahanan veteran Qatar, Boualem Khoukhi meraikan jaringan ketika berdepan Switzerland. Foto AFP

DOHA: Pemain pertahanan veteran Qatar, Boualem Khoukhi, dilaporkan bakal menerima ganjaran lumayan mencecah AS$3 juta (RM14.1 juta) berserta sebuah kereta mewah Rolls-Royce Phantom model terbaharu bernilai AS$550,000 (RM2.6 juta).

Ganjaran luar biasa itu diumumkan oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Qatar susulan impak besar pemain berkenaan yang meledak gol penyamaan ketika membantu Qatar mengikat Switzerland dalam aksi peringkat kumpulan Piala Dunia.

Jaringan penuh bermakna itu juga adalah gol kedua yang pernah dihasilkan oleh Qatar sepanjang sejarah penampilan mereka di pentas Piala Dunia.

Ganjaran berprestij hargai skuad kebangsaan adalah langkah luar biasa yang diambil oleh dana kekayaan negara Teluk itu, sekali gus mencerminkan penghargaan tertinggi kerajaan Qatar terhadap pencapaian bersejarah skuad kebangsaan mereka di kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Model Rolls-Royce Phantom yang dihadiahkan kepada Khoukhi adalah antara kenderaan paling eksklusif dan mewah di dunia, sekali gus meletakkan namanya sebaris dengan beberapa atlet serantau yang pernah menerima ganjaran diraja sebelum ini.

Qatar, yang terus mempamerkan peningkatan prestasi kini menghidupkan peluang mereka untuk terus bersaing dalam kumpulan selepas berjaya mencuri satu mata berharga daripada pasukan pilihan Eropah, Switzerland. – Agensi.

Continue Reading

Previous: Senegal dilarang pakai bintang AFCON pada Piala Dunia 2026 – laporan
Next: Jerman belasah pendatang baharu Piala Dunia, Curacao, selepas kejutan awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.