Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga emas rugi RM9.081 juta diperdaya pelaburan saham tidak wujud di Kuching
  • JENAYAH

Warga emas rugi RM9.081 juta diperdaya pelaburan saham tidak wujud di Kuching

Utusan Sarawak 16 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 79 tahun kerugian RM9.081 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham dan tawaran awam permulaan (IPO) tidak wujud menerusi aplikasi dikenali sebagai TBGIA.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima laporan berhubung kes tersebut yang dipercayai bermula sejak Januari lalu.

“Mangsa di Jalan Pending di sini diperdaya oleh suspek yang menawarkan skim pelaburan dengan janji pulangan lumayan.

“Tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa telah melakukan sebanyak 27 transaksi pemindahan wang ke dalam sembilan akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM9.082 juta,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, mangsa hanya menerima pulangan RM1,000 sebelum menyedari dirinya ditipu apabila gagal mengeluarkan wang pelaburan serta keuntungan yang dipaparkan dalam aplikasi berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa menanggung kerugian RM9.081 juta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mendorong secara tidak jujur supaya harta diserahkan.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda.

PETIKAN kenyataan media PDRM berhubung kes penipuan pelaburan saham dan IPO tidak wujud menerusi aplikasi TBGIA di Kuching. 

Polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai tawaran pelaburan dalam talian tanpa semakan terperinci terlebih dahulu.

Orang ramai digalak menyemak status syarikat atau skim pelaburan melalui Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, aplikasi Investment Checker serta portal Semak Mule sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Mangsa penipuan siber yang baru melakukan transaksi turut disaran segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi membantu menyekat aliran dana dengan segera.

Continue Reading

Previous: Warga emas rugi hampir RM372,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud
Next: Dua lelaki ditahan di Bau kerana memiliki dan menyalahgunakan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.