Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Larian Amal CPR dan AED 2026 pupuk kesedaran bantuan kecemasan
  • Selatan
  • WILAYAH

Larian Amal CPR dan AED 2026 pupuk kesedaran bantuan kecemasan

Utusan Sarawak 5 hours ago
POSTER Larian Amal CPR dan AED 2026 anjuran BSMM Cawangan Stampin dengan sokongan MBKS yang akan berlangsung pada 16 September 2026.

KUCHING: Orang ramai dijemput untuk menyertai Larian Amal CPR dan AED 2026 yang bakal berlangsung di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada 16 September 2026.

Menurut Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cawangan Stampin, Chew Kim Soon, program anjuran kelab itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kemahiran resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan penggunaan defibrilator luaran automatik (AED) dalam menyelamatkan nyawa ketika kecemasan.

Bertemakan ‘Pelajari CPR. Selamatkan Nyawa. Berlari Demi Satu Tujuan Murni,’ acara itu mendapat sokongan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) serta menawarkan empat kategori penyertaan iaitu;

  • Jalan Santai 3 kilometer,
  • Larian Santai 5 kilometer,
  • Larian Pelajar 5 kilometer bagi peserta berumur 17 tahun ke bawah,
  • Larian 10 kilometer bagi kategori lelaki dan wanita.
 PENGERUSI BSMM Cawangan Stampin, Chew Kim Soon bercakap ketika ditemui Utusan Sarawak di Vivacity Megamall, Kuching.

Larian 10 kilometer akan dilepaskan pada 6.15 pagi dengan yuran penyertaan RM60, manakala Larian Santai 5 kilometer dan Larian Pelajar 5 kilometer bermula pada 6.45 pagi dengan yuran masing-masing RM50 dan RM45.

Kategori Jalan Santai 3 kilometer pula akan bermula pada 6.50 pagi dengan yuran penyertaan RM50.

Pendaftaran kini dibuka menerusi laman sesawang Malaysia Runner.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Program Kesihatan Komuniti bantu tingkat kesedaran mengenai diabetes
Next: Tradisi Makan Tahun Kedayan terus mekar di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.