Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wanita maut ketika aktiviti terjun tali di Brazil
  • GLOBAL

Wanita maut ketika aktiviti terjun tali di Brazil

Utusan Sarawak 4 hours ago
TULAR… Rakaman video yang tular menunjukkan seorang wanita melakukan aktiviti terjun tali tanpa dipasang tali keselamatan maut di Brazil. Foto: AGENSI

SAO PAULO: Wanita berusia 21 tahun maut di Brazil semalam selepas dilepaskan dari platform setinggi kira-kira 40 meter semasa aktiviti terjun tali tanpa dipasang tali keselamatan, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Insiden itu berlaku di Jambatan Ponte do Esqueleto di Limeira, sebuah bandar di tenggara negeri Sao Paulo.

Menurut pihak berkuasa, pengendali aktiviti gagal memasang peralatan keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan mangsa terhempas ke tanah.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan beberapa individu membawa mangsa ke lokasi terjunan. Beberapa saat selepas mangsa dilepaskan, jeritan cemas kedengaran apabila orang ramai menyedari tali keselamatan tidak dipasang.

Pihak berkuasa berkata dua suspek cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian, namun berjaya dikesan menerusi operasi pencarian.

Secara keseluruhan, enam individu ditahan untuk disoal siasat polis.

Pasukan bomba dan perubatan kecemasan dikerahkan ke lokasi, namun wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Puteri Bajrakitiyabha dalam Perarakan Pemakaman Diraja
Next: Kumpulan bersenjata bunuh datuk bandar di selatan Mexico

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.