Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua kenderaan mewah disita dalam Ops Luxury JPJ
  • JENAYAH

Dua kenderaan mewah disita dalam Ops Luxury JPJ

Utusan Sarawak 6 hours ago
DUA kenderaan mewah disita dalam Ops Luxury yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menerusi Unit Operasi JPJ Kuching di sekitar bandar raya ini, hari ini.

KUCHING: Dua kenderaan mewah disita dalam Ops Luxury yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menerusi Unit Operasi JPJ Kuching di sekitar bandar raya ini, hari ini.

Kenderaan terbabit ialah sebuah Toyota Alphard dan sebuah Mercedes-Benz yang ditahan untuk pemeriksaan dalam rondaan penguatkuasaan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insurans bagi Mercedes-Benz tersebut telah tamat tempoh, manakala Toyota Alphard berkenaan didapati belum didaftarkan dalam sistem JPJ.

Susulan itu, kedua-dua kenderaan terbabit disita mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPJ Sarawak dalam kenyataan menegaskan bahawa pemilikan kenderaan mewah bukan sahaja melambangkan kemampuan kewangan, malah menuntut tahap tanggungjawab yang tinggi dalam memastikan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.

Menurut kenyataan itu, semua kenderaan tanpa mengira nilai atau jenama tertakluk kepada peraturan yang sama dan kegagalan memastikan dokumen kenderaan sah atau menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan boleh mengundang tindakan penguatkuasaan.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pemilik kenderaan diingatkan supaya sentiasa memastikan pendaftaran kenderaan, LKM dan perlindungan insurans berada dalam keadaan sah sebelum digunakan di jalan raya.

JPJ Sarawak turut menegaskan komitmennya untuk memperkukuh penguatkuasaan secara berterusan dan tanpa kompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang demi menjamin keselamatan serta ketenteraman pengguna jalan raya.

Oleh Norman B

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Penjual air ketum ditahan, hampir 20 liter rampasan dalam operasi di Asajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.