Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tim Ream jadi pemain pertama terima manfaat peraturan “salah identiti”
  • SUKAN

Tim Ream jadi pemain pertama terima manfaat peraturan “salah identiti”

Utusan Sarawak 6 hours ago
GIOVANNI Reyna #7 dari Amerika Syarikat meraikan jaringan gol keempat pasukannya bersama Tim Ream #13 semasa perlawanan Kumpulan D Piala Dunia FIFA 2026 antara Amerika Syarikat dan Paraguay di Stadium Los Angeles. Foto AFP

LOS ANGELES: Pemain pertahanan Amerika Syarikat (AS), Tim Ream menjadi pemain pertama mendapat manfaat daripada peraturan baharu “salah identiti” yang diperkenalkan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) awal tahun ini.

Menurut agensi berita Jerman dpa, undang-undang baharu itu membenarkan pengadil menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk membatalkan kad merah dan kuning yang dilayangkan kepada pemain yang salah. Peraturan itu dijangka paling kerap digunakan ketika berlaku kekecohan atau pergaduhan besar-besaran melibatkan ramai pemain yang menjejaskan pandangan pengadil.

Ream sebelum itu dilayangkan kad kuning kerana didakwa mengasari Miguel Almiron ketika AS mencatatkan kemenangan 4-1 dalam aksi pembukaan Piala Dunia menentang Paraguay pada Jumaat.

Bagaimanapun, selepas melakukan semakan video, pengadil dari Belanda, Danny Makkelie membatalkan keputusan itu dan sebaliknya melayangkan kad kuning kepada Almiron kerana didapati melakukan simulasi.

Ream pastinya berasa lega, kerana jika tidak, beliau terpaksa berhati-hati dalam baki aksi peringkat kumpulan bagi mengelak layangan kad kuning kedua yang boleh mengakibatkan penggantungan satu perlawanan.

Pada usia 38 tahun, beliau turut melakar sejarah sebagai pemain tertua dalam skuad kebangsaan lelaki AS yang beraksi di pentas Piala Dunia. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pulisic ketepikan kebimbangan kecederaan selepas kemenangan 4-1
Next: Kapten baharu Jepun Itakura sedia stabilkan pasukan susulan pengunduran Endo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.