Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Semua permohonan baharu kelulusan Subseksyen 44(6) wajib melalui e-Derma mulai 15 Jun 2026
  • NASIONAL

Semua permohonan baharu kelulusan Subseksyen 44(6) wajib melalui e-Derma mulai 15 Jun 2026

Utusan Sarawak 6 hours ago
LHDN mewajibkan semua permohonan baharu kelulusan Subseksyen 44(6) ACP melalui sistem e-Derma mulai 15 Jun bagi mempercepat dan memudahkan urusan percukaian secara digital.

PUTRAJAYA: Semua permohonan baharu kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) yang melibatkan Institusi atau Organisasi (IO) hendaklah dikemukakan secara mandatori melalui sistem e-Derma mulai 15 Jun 2026.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, langkah itu selaras dengan usaha memperluas penyampaian perkhidmatan digital serta meningkatkan kecekapan proses semakan dan kelulusan permohonan pengecualian cukai.

Menurut LHDN, penggunaan sistem e-Derma membolehkan permohonan dibuat secara dalam talian pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN atau mengemukakan dokumen secara fizikal.

“Bagi permohonan baharu kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) ACP oleh tabung atau Institusi/Organisasi/Tabung (IOT) yang melantik wakil cukai atau ejen cukai, pengemukaan borang manual berserta dokumen sokongan masih diperlukan buat masa ini.

“Bagaimanapun, permohonan melalui sistem e-Derma akan diperluas kepada kategori berkenaan pada fasa seterusnya,” menurut kenyataan itu.

Selain permohonan baharu, LHDN turut menyediakan kemudahan dalam talian bagi urusan lanjutan tempoh kelulusan, pengemukaan dokumen seperti Penyata Kewangan Beraudit dan Borang Semakan Kendiri serta pindaan maklumat berkaitan IOT.

Pengguna boleh mengakses perkhidmatan berkenaan menerusi portal LHDN dan MyTax dengan merujuk kepada manual pengguna sistem e-Derma yang disediakan bagi memudahkan proses pengisian.

Pendigitalan urusan percukaian itu dijangka meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui proses semakan dan kelulusan yang lebih pantas, pengurusan dokumen yang lebih teratur serta akses perkhidmatan yang lebih mudah dan fleksibel kepada IOT.

Inisiatif berkenaan sejajar dengan usaha berterusan LHDN untuk memperkasakan ekosistem percukaian digital yang lebih cekap, telus dan mesra pelanggan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan MADANI jamin perkasakan SPRM banteras rasuah tanpa kompromi – Anwar
Next: Kes fitnah Tok Batin: Lelaki direman empat hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.