Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita terperangkap 30 minit dalam lif kondominium di Miri
  • KEMALANGAN

Wanita terperangkap 30 minit dalam lif kondominium di Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERPERANGKAP… Seorang wanita berjaya diselamatkan selepas terperangkap di dalam lif sebuah kondominium  di Miri, malam tadi. Foto BBP Sentral Miri.

MIRI: Seorang wanita melalui detik mencemaskan apabila terperangkap hampir 30 minit di dalam lif sebuah kondominium di sini, sebelum berjaya diselamatkan malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.42 malam itu, mangsa terperangkap apabila lif yang dinaikinya dipercayai mengalami kerosakan dan tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentral Miri digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.42 malam.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam lif. 

Anggota kemudian menjalankan pemantauan bagi memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat.

Pintu lif berjaya dibuka semula oleh juruteknik dan mangsa berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan.

Operasi berjaya dikawal pada 8.48 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada 9.13 malam selepas keadaan disahkan selamat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lima kenderaan terlibat dalam kemalangan di persimpangan Jalan Rentap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.