Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tuan rumah Mexico menang bergaya untuk membuka tirai Piala Dunia
  • SUKAN

Tuan rumah Mexico menang bergaya untuk membuka tirai Piala Dunia

Utusan Sarawak 6 hours ago

Penyerang Mexico, Julian Quinones meraikan jaringan gol pertama pasukannya ketika perlawanan Kumpulan A Piala Dunia 2026 antara Mexico dan Afrika Selatan di Stadium Azteca. Foto AFP.

MEXICO CITY: Mexico memulakan pesta Piala Dunia mereka dengan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Afrika Selatan yang beraksi dengan sembilan pemain awal pagi tadi (waktu Malaysia), ketika edisi terbesar kejohanan bola sepak dunia itu membuka tirainya di Stadium Azteca yang ikonik.

Julian Quinones menjaringkan gol pembukaan kejohanan manakala penyerang veteran Raul Jimenez menambah gol kedua untuk memastikan tuan rumah bersama itu memulakan kempen Kumpulan A dengan langkah kanan.

Afrika Selatan pula gagal memberi tentangan bermakna dalam perlawanan pembukaan itu dan menamatkan aksi dengan hanya sembilan pemain selepas Sphephelo Sithole dan Themba Zwane dilayangkan kad merah.

Asap merah, hijau dan putih yang menyelubungi Stadium Azteca hasil pertunjukan bunga api sebelum perlawanan belum sempat hilang apabila Quinones meletakkan Mexico di hadapan pada minit kesembilan menerusi rembatan rendah yang melepasi celah kaki penjaga gol dan kapten Afrika Selatan, Ronwen Williams.

Sorakan gemuruh bergema di seluruh Stadium Azteca, stadium bersejarah yang menjadi satu-satunya venue yang pernah menjadi tuan rumah perlawanan dalam tiga edisi Piala Dunia.

Jurulatih Afrika Selatan, Hugo Broos, sebelum ini telah mengingatkan anak buahnya supaya bersedia menghadapi suasana menggerunkan yang dicipta oleh 80,824 penyokong yang memenuhi stadium tersebut.

Namun pemain Afrika Selatan kelihatan gugup sejak awal permainan apabila setiap hantaran berjaya Mexico disambut dengan laungan “Ole!” daripada penyokong tuan rumah.

Sithole antara pemain yang paling terkesan apabila kehilangan bola ketika cuba memulakan serangan dari kawasan sendiri, yang akhirnya membawa kepada gol pembukaan Quinones.

Hari malangnya berakhir pada minit ke-49 apabila dibuang padang selepas menjatuhkan Brian Gutierrez yang sedang mara bersendirian ke arah gol.

Mexico menggandakan kelebihan pada minit ke-67 menerusi serangan balas pantas yang menyaksikan Roberto Alvarado melakukan hantaran lintang sebelum disudahkan Raul Jimenez dengan tandukan di tiang jauh.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Afrika Selatan pada minit ke-84 apabila Zwane turut diperintah keluar padang selepas semakan VAR mendapati beliau menghayunkan tangan ke muka Alvarado.

Masih ada drama di penghujung perlawanan apabila pertahanan Mexico, Cesar Montes, dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras terhadap Khulisa Mudau di luar kawasan penalti. – AFP

Continue Reading

Previous: Kecoh di zon peminat Piala Dunia Mexico ketika ribuan penyokong berebut masuk
Next: Shakira, Burna Boy hangatkan suasana upacara pembukaan Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.