Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Konsep Ladang Kontrak diperkenalkan
  • BISNES

Konsep Ladang Kontrak diperkenalkan

Utusan Sarawak 4 years ago
KOMITMEN KERAJAAN… Dr. Abdul Rahman menyerahkan Insentif Pertanian di bawah Program Agriculture Facilitation Fund (AFF) kepada pengusaha Agro Makanan di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Limbang kepada salah seorang peserta.

LIMBANG: Konsep Ladang Kontrak akan diperkenalkan dalam usaha meluaskan penanaman padi istimewa yang dikenali sebagai beras Bario atau beras Adan di Bahagian Limbang.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr, Abdul Rahman Ismail berkata, projek di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Limbang itu menggunakan konsep ladang kontrak iaitu menyewa kawasan sawah daerah Limbang yang berpotensi untuk pengeluaran beras terbabit.

Produk istimewa Beras Bario/Adan bukan sahaja boleh didapati di kawasan tanah tinggi di Miri dan Ba’kelalan tetapi akan diperluaskan penanamannya di Bukit Seraong, Batu Danau di daerah ini melibatkan keluasan kawasan 20 ekar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu menyatakan demikian pada penyerahan Insentif Pertanian di Bawah Program Agriculture Facilitation Fund (AFF) kepada pengusaha Agro Makanan di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Limbang semalam.

“Kita akan membantu dan cuba mengetahui apa keperluan mereka, termasuk bantuan dari segi input, peralatan untuk penanaman padi terbabit,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Pertanian Bahagian Limbang, Jakaria Rambli, Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Limbang, Amirul Fikri Jemali, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Limbang, Christopher Dawat Anur, Pengurus Besar PPK Limbang Michael Misau Beng dan Pengerusi PPK Limbang Ugak Sanggau.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Tambah pelaburan RM5.4 bilion di Malaysia
Next: Program Rintis Rakyatpreneur bantu asnaf, B40

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.