Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan keluli RM600,000 bakal ubah kehidupan penduduk Rh Peter Anthony
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan keluli RM600,000 bakal ubah kehidupan penduduk Rh Peter Anthony

Utusan Sarawak 9 hours ago
UNTUK KEMUDAHAN YANG LEBIH SELAMAT DAN SELESA…..Sempurai ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jambatan Keluli di Rh Peter Anthony, Durin.

SIBU: Penduduk Rumah (Rh) Peter Anthony di Durin bakal menikmati kemudahan pengangkutan yang lebih selamat dan selesa apabila sebuah jambatan keluli baharu bernilai RM600,000 siap dibina.

Majlis pecah tanah yang diadakan semalam telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai.

Sempurai berkata, pembinaan jambatan tersebut akan meningkatkan tahap kemudahan akses dan hubungan pengangkutan penduduk Rh Peter Anthony serta kawasan sekitarnya, terutama ketika musim hujan apabila laluan jalan sering terjejas.

Katanya, projek infrastruktur itu bukan sahaja memberi manfaat dari segi kemudahan pergerakan, malah mampu merangsang pembangunan ekonomi komuniti luar bandar.

“MDLBS akan terus memberi perhatian terhadap keperluan penduduk luar bandar bagi memastikan lebih banyak kawasan menikmati pembangunan dan kemudahan asas yang lebih baik pada masa hadapan,” ujarnya.

Semenrara itu, menurut Tuai Rumah Peter Anthony, jambatan kayu sedia ada dibina ketika beliau berusia 19 tahun dan kini, pada usia 73 tahun.

“Saya merasa gembira kerana impian penduduk untuk memiliki jambatan yang lebih kukuh akhirnya menjadi kenyataan.”

Beliau berkata, jambatan tersebut telah berkhidmat selama 54 tahun dan menjadi saksi kepada kehidupan beberapa generasi penduduk rumah panjang. 

“Kini kami amat bersyukur kerana bakal memiliki jambatan keluli yang lebih selamat,” katanya.

Projek yang diluluskan oleh MDLBS itu melibatkan pembinaan jambatan keluli sepanjang 30 meter dan selebar 3.65 meter, yang dijangka siap dalam tempoh 80 hari.

Jambatan baharu tersebut dibina bagi menggantikan jambatan kayu lama yang telah uzur selepas digunakan selama lebih lima dekad, sekali gus menyelesaikan masalah perhubungan yang sekian lama dihadapi penduduk rumah panjang berkenaan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi SAR masih diteruskan cari mangsa hilang di Sungai Baram, Long Miri
Next: Gerawat Gala adakan sesi randau bersama masyarakat Bario

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.