Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran rebut petir, hujan lebat di 10 negeri termasuk Miri dan Marudi hingga  6.00 petang
  • SEMASA

Amaran rebut petir, hujan lebat di 10 negeri termasuk Miri dan Marudi hingga  6.00 petang

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang, manakala di Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), serta Perak (Kerian dan Larut, Matang dan Selama).

Amaran sama turut melibatkan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Raub, Bentong dan Kuantan) dan Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang). 

Sementara itu di Negeri Sembilan, keadaan sama diramal melanda Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol dan Johor melibatkan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak kawasan diramal terjejas ialah Miri (Subis, Miri dan Marudi), manakala Sabah di Pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu). – Bernama

Continue Reading

Previous: Kemajuan AI mesti berteraskan etika dan nilai kemanusiaan – PM Anwar
Next: NADMA selaras tindakan rentas agensi hadapi risiko El Nino, Monsun Barat Daya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.