Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Presiden Mexico janji pembukaan Piala Dunia berlangsung aman
  • SUKAN
  • TEMPATAN

Presiden Mexico janji pembukaan Piala Dunia berlangsung aman

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMAIN tengah Mexico, Orbelin Pineda, Erik Lira dan Gilberto Mora, serta, Pengarah Suruhanjaya Kebudayaan Fizikal dan Sukan Kebangsaan (CONADE), Rommel Pacheco, Presiden Mexico Claudia Sheinbaum, Presiden Persekutuan Bola Sepak Mexico Mikel Arriola dan ketua jurulatih Mexico Javier Aguirre menghadiri majlis penyerahan bendera kepada pasukan bola sepak kebangsaan Mexico menjelang Piala Dunia FIFA 2026 di Centro de Alto Rendimiento, Mexico City pada 8 Jun 2026. Foto AFP

MEXICO CITY: Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Isnin berkata kerajaan beliau akan memastikan majlis pembukaan Piala Dunia FIFA 2026 berlangsung dengan aman walaupun terdapat kemungkinan berlaku protes oleh National Coordination of Education Workers (CNTE), sebuah kesatuan guru utama negara itu, lapor Xinhua.

Bercakap pada sidang media hariannya di Istana Nasional di Mexico City, Sheinbaum menuduh lawan politik cuba mencetuskan tindakan keras kerajaan bagi mewujudkan liputan antarabangsa negatif menjelang kejohanan itu. Bagaimanapun, beliau menolak penggunaan tindakan polis bersifat represif sebagai tindak balas terhadap sebarang demonstrasi.

PRESIDEN Mexico, Claudia Sheinbaum, menyerahkan bendera kebangsaan kepada penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa (#13), semasa majlis bagi pasukan bola sepak kebangsaan Mexico menjelang Piala Dunia FIFA 2026 di Centro de Alto Rendimiento, Mexico City pada 8 Jun 2026. Foto AFP

“Terdapat kumpulan yang mahu memprovokasi kami, dan mereka tidak semestinya terdiri daripada guru. Apa yang mereka mahukan ialah tindakan penindasan,” kata Sheinbaum.

“Kami juga akan memastikan majlis pembukaan Piala Dunia berjalan lancar, aman dan tenang,” tambah beliau.

Kenyataan Sheinbaum dibuat selepas CNTE memberi amaran bahawa ia mungkin mengadakan protes sekiranya kerajaan persekutuan gagal memenuhi tuntutannya, termasuk kenaikan gaji dan konsesi lain berkaitan buruh. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gesaan PM Anwar banteras perniagaan haram warga asing di seluruh negara tepat pada masanya
Next: Bekas penyerang Liverpool Divock Origi umum persaraan pada usia 31 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.