Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bekas pengurus Liverpool Klopp terima anugerah kehormat daripada Raja British
  • SUKAN

Bekas pengurus Liverpool Klopp terima anugerah kehormat daripada Raja British

Utusan Sarawak 5 hours ago
BEKAS pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, dianugerahkan CBE oleh Raja Charles III atas jasa besar beliau dalam bola sepak.

LONDON: Bekas pengurus Liverpool Jurgen Klopp, bakal menerima anugerah kehormat “Most Excellent Order of the British Empire”  (CBE), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Anugerah yang dikurniakan oleh Raja Charles III dari United Kingdom (UK) itu diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan Klopp kepada sukan bola sepak dan komuniti di Liverpool. Pengiktirafan itu sebenarnya diumumkan oleh Kerajaan UK pada Februari lepas, namun terkandung dalam senarai penerima anugerah yang panjang.

Agensi pengurusan Klopp, SPORTFIVE, mengesahkan berita itu pada Isnin.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada warga Jerman berusia 58 tahun itu menerima pingat yang mengiringi penganugerahan berkenaan.

Klopp membimbing Liverpool dari 2015 hingga 2024 dan berjaya menghadiahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris serta Liga Juara-Juara UEFA kepada kelab berkenaan.

Warga asing yang bukan rakyat UK boleh menerima versi kehormat bagi anugerah kebesaran Britain.

Sebagai contoh, jurulatih dari Belanda Sarina Wiegman, yang membimbing pasukan bola sepak wanita England meraih dua gelaran Kejohanan Eropah, turut dianugerahkan anugerah kehormat Dame, namun tidak boleh menggunakan gelaran itu secara rasmi.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Konate sertai Real Madrid sehingga 2030
Next: FIFA 2026: Pemain Senegal jalani pemeriksaan ketat selepas tiba di AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.