Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pelatih terbaik manfaat pengalaman di PLKN untuk kejar cita-cita menjadi guru
  • SEMASA

Pelatih terbaik manfaat pengalaman di PLKN untuk kejar cita-cita menjadi guru

Utusan Sarawak 7 hours ago
UMAR Muhaimim Mustafar Kamal, 18, dipilih sebagai penerima Anugerah Wira Muda Ulung iaitu pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Siri 2/2026 PLKN di Kem Latihan Khidmat Negara 505 Askar Wataniah (AW), Kuala Lumpur, hari ini. Foto: Bernama

PEKAN: Penerima Anugerah Wira Muda Ulung Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, Umar Muhaimin Mustafar Kamal, 18, percaya pengalaman selama 45 hari mengikuti latihan itu akan menjadi bekalan berharga buatnya apabila melangkah ke alam pengajian dan kerjaya pada masa depan.

Anak muda yang berasal dari Kuantan itu turut melahirkan rasa syukur dan terharu apabila diumumkan sebagai penerima anugerah berprestij berkenaan pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Siri 2/2026 PLKN 3.0 di Kem Latihan Khidmat Negara 505 Askar Wataniah (AW) di sini, hari ini.

“Anugerah ini satu penghargaan yang sangat bermakna dan pencapaian tertinggi yang pernah saya terima. Pengalaman dan pengiktirafan yang diperoleh sepanjang mengikuti PLKN akan menjadi bekalan yang berguna apabila saya melangkah ke dunia luar nanti,” katanya kepada pemberita.

Seiring dengan cita-citanya menjadi guru, dia berkata selepas tamat program itu, hasratnya adalah untuk melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG).

“Saya berharap dapat memanfaatkan pengalaman sebagai Ketua Kompeni Echo, disiplin, kepimpinan dan kerjasama yang dipelajari sepanjang berada di PLKN untuk mendidik dan membentuk generasi muda pada masa hadapan,” katanya. 

KETUA Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Mejar Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar bergambar bersama pelatih dan jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Siri 2/2026 di Kem Latihan Khidmat Negara 505 Askar Wataniah (AW) hari ini. Foto: Bernama

Umar Muhaimin berkata antara aktiviti yang paling dikuasainya sepanjang latihan ialah navigasi hutan, yang menjadi faktor kejayaannya meraih anugerah tersebut.

“Alhamdulillah, saya memperoleh markah tertinggi dalam ujian navigasi hutan semasa penilaian akhir pemilihan Wira Muda Ulung dan aktiviti itu memang antara yang paling saya minati sepanjang mengikuti PLKN,” katanya.

Sementara itu, pasangan kembar dari Bintulu, Sarawak, Alfred Juan Ellina dan Albert Noel Ellina, melahirkan rasa teruja selepas menamatkan latihan PLKN 3.0 di kem berkenaan.

Alfred Juan berkata penyertaannya dalam program itu meningkatkan keyakinan diri dan semangat kerjasama berpasukan selain membuka peluang untuk mengenali rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang dan negeri.

“Bukan sahaja dapat mengenali loghat negeri lain, malah ini merupakan kali pertama saya dan adik datang ke Semenanjung. Saya sangat gembira berada di sini dan paling meminati latihan menembak,” katanya.

Albert Noel pula berkata pengalaman menyertai PLKN membolehkannya memahami dengan lebih dekat kepelbagaian budaya serta mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini.

Selepas tamat program itu, Albert Noel berkata dia dan abangnya akan menyambung pengajian Tingkatan Enam di Sarawak. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi Mindanao: Rakyat Malaysia di General Santos City selamat – Wisma Putra
Next: Jabatan Hutan Sarawak raih anugerah khas keselamatan perlindungan 5 bintang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.