Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MetMalaysia tamatkan nasihat tsunami di Sabah
  • SEMASA

MetMalaysia tamatkan nasihat tsunami di Sabah

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Nasihat tsunami yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini bagi kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu, Sabah telah ditamatkan.

“Nasihat tsunami yang dikeluarkan pada 8.36 pagi, 8 Jun 2026 ditamatkan pada 12 tengah hari, 8 Jun 2026,” menurut MetMalaysia dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, jabatan itu dalam kenyataan memaklumkan bahawa ombak tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai daerah berkenaan bermula dari 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ini, susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang melanda Mindanao, Filipina, pagi tadi.

Menurut MetMalaysia, penamatan nasihat tsunami itu ialah maklumat terakhir yang dikeluarkan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan terdapat perkembangan lanjut. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Siren nasihat tsunami dibunyikan di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu
Next: Gempa Filipina: Penduduk di Semporna rasai gegaran, ambil langkah waspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.