Ribut petir, hujan lebat di lima negeri termasuk Sarawak hingga 11.00 pagi ini

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri termasuk Sarawak hingga 11.00 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu berlaku di Perak melibatkan kawasan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak serta Sabak Bernam di Selangor.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak membabitkan Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) serta Kapit (Song), makanala di Sabah cuaca itu diramalkan melanda Pedalaman (Kuala Penyu). – Bernama 

IPU Kuching terus meningkat, cecah 174

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching terus meningkat apabila mencatat bacaan 174 setakat 4.00 petang ini, berbanding 161 pada