Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program Ngabang perkukuh silaturahim pemimpin dan rakyat sempena Gawai
  • TEMPATAN

Program Ngabang perkukuh silaturahim pemimpin dan rakyat sempena Gawai

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas mengunjungi beberapa rumah panjang di sekitar kawasan Ulu Paku, Spaoh sempena sambutan Gawai Dayak, semalam. Foto: ADUN Bukit Saban

SPAOH: Program Ngabang yang menjadi tradisi masyarakat Dayak terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim, perpaduan dan semangat kebersamaan antara pemimpin serta rakyat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, amalan mengunjungi rumah panjang sempena sambutan Gawai Dayak bukan sekadar memenuhi tradisi, malah menjadi platform terbaik untuk mendekati masyarakat serta memahami keperluan mereka secara langsung.

Sehubungan itu, Uggah meneruskan tradisi ngabang sempena Gawai Dayak dengan mengunjungi beberapa rumah panjang di sekitar kawasan Ulu Paku, dekat sini semalam.

Antara rumah panjang yang dikunjungi beliau ialah di Nanga Paun, Jukun, Lubok Kelampu dan Danau, yang menjadi lokasi pertemuan bersama penduduk setempat dalam suasana penuh muhibah.

Menurut beliau, kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada program tahunannya bagi mendekati rakyat selain mendengar sendiri perkembangan semasa komuniti di kawasan berkenaan.

MERIAH… Datuk Amar Douglas Uggah merakamkan kenangan bersama dengan penduduk rumah panjang di sekitar kawasan Ulu Paku, sempena sambutan Gawai Dayak, semalam. Foto: ADUN Bukit Saban

Dalam setiap persinggahan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berpeluang beramah mesra dengan penduduk rumah panjang serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan pembangunan setempat.

Katanya, hubungan erat antara pemimpin dan rakyat perlu terus dipelihara bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan memenuhi keperluan komuniti.

Kehadiran beliau bersama rombongan turut disambut mesra oleh penduduk yang menzahirkan penghargaan atas kesudian beliau meluangkan masa meraikan Gawai Dayak bersama masyarakat di kawasan berkenaan.

Sambutan tersebut sekali lagi membuktikan bahawa Gawai Dayak bukan sahaja diraikan sebagai pesta menuai, malah menjadi wadah untuk mengukuhkan perpaduan serta nilai kekeluargaan dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan.

Program ngabang juga dilihat sebagai medium yang mampu merapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat melalui interaksi secara langsung dalam suasana yang lebih santai dan harmoni.

Turut mengiringi Uggah dalam kunjungan tersebut ialah isterinya Datin Amar Doreen Mayang, Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban, Natasha Nasa Uggah serta Timbalan Ketua Cawangan Bukit Saban, Abang Madehi Abang Abdul Latip.

Kunjungan itu memperlihatkan komitmen berterusan kepimpinan Sarawak dalam memastikan hubungan erat dengan masyarakat akar umbi terus diperkasakan, selaras dengan semangat perpaduan dan kebersamaan yang menjadi teras sambutan Gawai Dayak.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ular kapak bersembunyi dalam almari kasut berjaya ditangkap anggota APM Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.