Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Presiden Korea Selatan calonkan Han Seong-Sook sebagai PM baharu
  • GLOBAL

Presiden Korea Selatan calonkan Han Seong-Sook sebagai PM baharu

Utusan Sarawak 3 hours ago
PRESIDEN Korea Selatan Lee Jae-myung (foto) menamakan Menteri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Pemula, Han Seong-sook, sebagai calon baharu Perdana Menteri negara itu. Foto hiasan.

SEOUL: Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung mencalonkan Menteri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ketika ini, Han Seong-sook sebagai perdana menteri seterusnya, kata seorang pegawai kanan presiden hari ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Jika disahkan oleh Parlimen, Han akan menjadi perdana menteri wanita pertama dalam kerajaan Lee dan perdana menteri wanita kedua Korea Selatan selepas Han Myeong-sook, yang memegang jawatan itu dari 2006 hingga 2007.

Perdana Menteri semasa Kim Min-seok, yang berkhidmat sebagai perdana menteri pertama pentadbiran Lee, akan berundur, dipercayai bagi bertanding merebut kepimpinan Parti Demokratik (DP) yang memerintah pada konvensyen parti itu pada Ogos atau September.

Ketika mengumumkan pencalonan itu, Ketua Staf Presiden Kang Hoon-sik menyifatkan Han sebagai individu yang mampu ‘mencapai peralihan besar ke arah kecerdasan buatan dan menerajui pertumbuhan Korea Selatan untuk semua’ berdasarkan pengalamannya.

Merujuk kepada Perdana Menteri Kim yang akan berundur, Kang menyampaikan penghargaan pejabat presiden atas khidmat beliau, sambil berkata hasil dasar kerajaan wajar dikaitkan dengan prestasi Kim.

Rombakan itu berlaku ketika pentadbiran Lee genap setahun selepas presiden berkenaan mengangkat sumpah jawatan pada 4 Jun tahun lepas.

Pada Isnin, Lee dijadual mengadakan sidang media sempena ulang tahun pertama pentadbirannya dan mengumumkan visi dasar bagi tahun kedua penggal lima tahunnya.

Laporan terdahulu menyebut Pejabat Perdana Menteri telah membentuk satu pasukan lebih awal bagi membantu calon perdana menteri itu membuat persiapan menghadapi sesi pendengaran pengesahan di Parlimen. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Penyelam maut dalam serangan ikan yu barat daya Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.