Ular kapak bersembunyi dalam almari kasut berjaya ditangkap anggota APM Marudi

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA APM Marudi berjaya menangkap ular jenis Kapak yang bersembunyi dalam almari kasut.

MARUDI: Seekor ular kapak berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi di Lot 701, Kampung Narum, di sini, hari ini.

Sebelum itu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan pada 6.44 pagi daripada seorang pengadu yang memaklumkan bahawa reptilia sepanjang 1.7 meter itu bersembunyi di dalam almari kasut miliknya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata sepasukan anggota daripada Skuad Delta telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari PKOD sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan tersebut.

Menurutnya, operasi itu melibatkan empat anggota pelbagai pangkat yang diketuai oleh Pbt. (PA) Kasyidi Ya’aman.

“Setibanya di lokasi, skuad berkenaan bertindak menangkap ular tersebut menggunakan penyepit dan peralatan khas,” katanya.

Setelah memastikan keadaan selamat, Skuad Delta menamatkan operasi pada 6.57 pagi dan kembali ke PKOD.

Oleh Jiku Jugong

Uggah ajak rakyat Betong meriahkan SKS 2026

BETONG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mengajak masyarakat di Bahagian Betong dan kawasan sekitar hadir beramai-ramai memeriahkan

Tiga wanita cuba curi kabel SEB ditahan

MIRI: Cubaan tiga wanita mencuri kabel milik Sarawak Energy Berhad (SEB) tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis berhampiran Balai Bomba