Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan DUN Kabong terus diperkasa, perpaduan rakyat jadi teras sambutan Gawai Dayak
  • Tengah
  • WILAYAH

Pembangunan DUN Kabong terus diperkasa, perpaduan rakyat jadi teras sambutan Gawai Dayak

Utusan Sarawak 17 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa hadir pada Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak 2026 Peringkat DUN Kabong yang berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Roban, hari ini. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Kerajaan Sarawak akan terus memastikan pembangunan yang seimbang dan berterusan di seluruh kawasan luar bandar termasuk Kabong dan Roban demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, pelbagai projek pembangunan telah dan sedang dilaksanakan di kawasan tersebut melibatkan kemudahan asas, pembangunan infrastruktur, bekalan elektrik, bekalan air serta pelbagai projek pembangunan luar bandar yang memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat.

DATO Mohd Chee Kadir semasa hadir pada Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak 2026 Peringkat DUN Kabong yang berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Roban, hari ini. Foto: ADUN Kabong

Menurutnya, komitmen berterusan kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pembangunan dan meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negeri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak 2026 Peringkat DUN Kabong yang berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Roban, hari ini.

Dalam ucapannya, Chee Kadir turut menegaskan bahawa Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan tradisi masyarakat Dayak, malah menjadi platform penting untuk memelihara warisan budaya, adat resam dan identiti masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

DATO Mohd Chee Kadir semasa hadir pada Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak 2026 Peringkat DUN Kabong yang berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Roban, hari ini. Foto: ADUN Kabong

Beliau berkata, sambutan tersebut turut berperanan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta memperkukuhkan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan Gawai Dayak tahun ini termasuk penghulu, tuai rumah, jawatankuasa penganjur, pemimpin masyarakat, kakitangan kerajaan dan seluruh komuniti yang memberikan kerjasama serta sokongan penuh.

Chee Kadir turut mengajak seluruh rakyat supaya terus mengekalkan semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan serta menyokong segala usaha pembangunan yang dilaksanakan demi kemajuan Kabong dan Sarawak secara keseluruhannya.

Beliau berharap sambutan Hari Gawai Dayak tahun ini membawa keberkatan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat selaras dengan semangat ‘Gayu Guru, Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua’.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan surat dan sijil lantikan kepada Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) baharu bagi kawasan Roban dan Kabong yang melibatkan wakil dari beberapa kawasan termasuk Pasar Roban, Sungai Jaong Ulu Roban, Panjang Baroh Roban, Panjang Atas Kesindu, Sungai Nabau dan Sabit.

Penyampaian surat lantikan tersebut merupakan pengiktirafan kepada pemimpin masyarakat yang akan terus memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam memastikan kebajikan serta pembangunan masyarakat setempat sentiasa terpelihara.

Selain itu, Chee Kadir turut menyempurnakan simbolik perasmian projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) melibatkan projek naik taraf gelanggang serbaguna di bawah Pejabat Daerah Kecil Roban yang bertujuan meningkatkan kemudahan sukan dan aktiviti komuniti bagi manfaat penduduk setempat.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Meryani Yassin; Ahli Dewan Negara, Senator Pete Pele Tinggom, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua kaum serta para jemputan lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Doris Sophia santuni penduduk Tapang Lebat, tegaskan kepentingan perpaduan komuniti
Next: Aerodance satukan 250 peserta pelbagai kaum di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.