Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SUPP kekal relevan selepas 67 tahun, kestabilan politik jadi pemacu kemajuan Sarawak
  • TEMPATAN

SUPP kekal relevan selepas 67 tahun, kestabilan politik jadi pemacu kemajuan Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
DR Sim Kui Hian bersama barisan pemimpin SUPP memotong kek Ulang Tahun ke-67 parti sebagai simbolik sambutan penubuhannya.

​SIMANGGANG: Sambutan ulang tahun penubuhan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bukan sekadar satu simbolik, malah ia merupakan refleksi susur masa perjuangan parti politik tertua di Bumi Kenyalang itu yang kekal utuh menempuh pelbagai rintangan demi kekal relevan sehingga kini.

​Presiden SUPP, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menegaskan, kekuatan utama yang membolehkan parti itu terus bertahan bersama komponen seperjuangan seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah hasil kerjasama erat dalam kalangan ahli yang benar-benar menjiwai slogan keramat, “Sa’ati”.

​”Pemimpin silih berganti, namun kekuatan parti tetap utuh dan padu,” katanya ketika berucap pada Upacara Menaikkan Bendera Parti sempena Ulang Tahun ke-67 penubuhan SUPP peringkat Cawangan Simanggang, dekat sini kelmarin.

​Menurut Dr Sim, kestabilan politik merupakan asas utama kepada kemajuan Sarawak yang kini berjaya menarik minat pelabur asing untuk menanam modal. 

Kestabilan ini katanya disemarakkan lagi dengan tekad padu barisan pemimpin yang terus bangkit menuntut hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

​Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa Sarawak mula mengorak langkah strategik pasca-keruntuhan pakatan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

SAMBUTAN Ulang Tahun ke-67 SUPP menjadi platform memperkukuh semangat “Sa’ati” dan komitmen parti dalam menyumbang kepada kemajuan serta kestabilan politik Sarawak.

Momentum itu diterjemahkan menerusi penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang membawa falsafah agung, “Sarawak First” (Utamakan Sarawak).

​Perjuangan menuntut hak ini, katanya, bermula dengan suara lantang bekas Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) yang mencetuskan fenomena menerusi bait pantun ikonik:

​”Nyiur Gading Puncak Mahligai, Buat Ketupat Berisi Inti, Hancur Daging Tulang Berkecai, Belum Dapat Belum Berhenti.”

​Kesinambungan kepimpinan cemerlang itu kini diteruskan di bawah acuan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Di bawah kebijaksanaan beliau, Sarawak kini berada di garisan hadapan dalam penguasaan ekonomi digital serta penerokaan sumber tenaga boleh diperbaharui.

​Terdahulu, upacara simbolik sambutan berkenaan dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang oleh Pengerusi SUPP Cawangan Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, disusuli bendera Ibu Pertiwi oleh Pengerusi Wanita SUPP, Kho Teck Wan.

​Kemuncak acara menyaksikan Dr Sim menaikkan bendera parti “Sa’ati” sebagai simbolik genapnya usia 67 tahun penubuhan SUPP. 

Sebaik bendera berkibar, Dr Sim mengetuai kira-kira 500 ahli parti melaungkan slogan “Sa’ati” sebanyak tiga kali bagi membakar semangat perjuangan.

​Sementara itu, Harden menzahirkan penghargaan atas kehadiran ahli-ahli dari cawangan Simanggang, Pantu, Lingga, dan Engkilili yang memeriahkan majlis.

​Pada majlis yang sama, Harden turut menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM89,000 kepada 28 buah pertubuhan di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perkasa usaha lindungi status kewarganegaraan kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.