
ISTANBUL: Satu kebakaran berlaku hari ini di Loji Penapis Minyak Tyumen di Rusia, merebak ke kawasan seluas 100 meter persegi dan diklasifikasikan sebagai “kebakaran berisiko tinggi”, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut pusat maklumat kerajaan wilayah itu, kebakaran berlaku di satu daripada unit sistem sistem penulenan di Loji Penapis Minyak Tyumen akibat pelanggaran proses teknologi.
“Maklumat bahawa kebakaran itu berpunca daripada serangan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) adalah tidak benar,” menurut kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial Rusia, Max.
Kementerian Situasi Kecemasan Rusia memaklumkan menerusi Telegram bahawa kebakaran itu berjaya dikawal, tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. – Bernama