Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wilfred Yap sumbang RM5,000 perkukuh pembangunan catur di Kuching
  • Tengah
  • WILAYAH

Wilfred Yap sumbang RM5,000 perkukuh pembangunan catur di Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
PRESIDEN Persatuan Catur Bahagian Kuching (PCBK), Chuang Kuang Hong menerima sumbangan RM5,000 daripada ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin bagi menyokong pembangunan dan penganjuran aktiviti catur di Kuching.

KUCHING: Persatuan Catur Bahagian Kuching (PCBK) menerima sumbangan berjumlah RM5,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.12 Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin sebagai sokongan terhadap usaha pembangunan sukan catur di bahagian ini.

Sumbangan tersebut disampaikan dalam satu sesi kunjungan hormat oleh barisan jawatankuasa PCBK ke Pusat Khidmat ADUN N.12 Kota Sentosa hari ini.

Dalam pertemuan itu, Wilfred berkata beliau komited untuk terus menyokong penganjuran lebih banyak program catur di Kuching kerana sukan tersebut bukan sahaja merupakan aktiviti sihat, malah berupaya membentuk pemikiran strategik, disiplin tinggi, tumpuan serta ciri kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

Beliau turut menegaskan kepentingan mengenal pasti dan memupuk bakat tempatan sejak usia muda bagi memastikan pembangunan sukan catur di Sarawak terus berkembang.

“Usaha pembangunan pemain perlu diperkukuhkan secara berterusan bagi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi yang mampu menggalas cabaran pada temasya SUKMA akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Presiden PCBK, Chuang Kuang Hong merakamkan penghargaan kepada Wilfred atas sokongan berterusan yang diberikan terhadap agenda pembangunan sukan komuniti tersebut.

Menurut beliau, sumbangan berkenaan akan digunakan bagi merangka dan melaksanakan pelbagai aktiviti, kejohanan serta program latihan catur melibatkan pelbagai peringkat umur di Kuching.

“PCBK akan terus bergerak aktif mengikut kemampuan persatuan untuk memperkukuh penglibatan komuniti serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan catur,” katanya.

Majlis penyerahan sumbangan itu turut disaksikan Setiausaha PCBK Kiing Sie Ying, Timbalan Presiden PCBK Yip Chin Chin serta Ahli Jawatankuasa PCBK Heng Siaw Ling.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kelupis: Resipi tradisi, warisan masyarakat Kedayan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.