Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Amalan kunjung-mengunjung sempena Gawai Dayak eratkan silaturahim
  • TEMPATAN

Amalan kunjung-mengunjung sempena Gawai Dayak eratkan silaturahim

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUASANA meriah ketika tetamu daripada pelbagai kaum berkunjung bagi meraikan Gawai Dayak bersama keluarga dan sahabat handai.

SIBU: Sambutan Gawai Dayak bukan sekadar perayaan tradisi masyarakat Dayak, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Sempena perayaan itu, amalan kunjung-mengunjung atau ngabang terus menjadi tradisi yang dinanti-nantikan setiap tahun. Tradisi tersebut membuka ruang kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang untuk berkunjung ke rumah saudara-mara, rakan-rakan dan kenalan bagi meraikan Gawai Dayak dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Kehadiran tetamu daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan lain-lain mencerminkan semangat muhibah yang telah sekian lama menjadi identiti serta kekuatan masyarakat Sarawak.

Dalam suasana yang santai dan penuh kemesraan, para tetamu bukan sahaja berpeluang menikmati pelbagai juadah tradisional yang disediakan, malah dapat bertukar pandangan, berkongsi cerita serta mengeratkan hubungan persahabatan dan kekeluargaan.

SUASANA meriah ketika tetamu daripada pelbagai kaum berkunjung bagi meraikan Gawai Dayak bersama keluarga dan sahabat handai.

Bagi masyarakat Sarawak, sambutan Gawai Dayak bukan hanya berkisar kepada adat resam dan warisan budaya semata-mata, tetapi turut menjadi platform untuk menyemai nilai kebersamaan, saling menghormati dan persefahaman yang merentasi batas kaum, agama serta latar belakang.

Justeru, tidak hairanlah amalan kunjung-mengunjung sentiasa mendapat sambutan hangat kerana ia menjadi medium yang berkesan untuk memperkukuhkan hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Pada masa yang sama, tradisi ini turut memberi peluang kepada generasi muda untuk mengenali, memahami dan menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat Sarawak.

Lebih daripada sekadar sambutan perayaan, amalan kunjung-mengunjung sempena Gawai Dayak terus menjadi simbol perpaduan, semangat kekeluargaan dan keharmonian yang menyatukan rakyat negeri ini dalam suasana saling menghormati serta menghargai kepelbagaian.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SNCC Samarahan jadi pusat rujukan utama OKU Sarawak
Next: Jangan pandang rendah kerjaya penjaga – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.