Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Unifi tawar siaran HD Piala Dunia, kurang RM1 setiap perlawanan
  • NASIONAL

Unifi tawar siaran HD Piala Dunia, kurang RM1 setiap perlawanan

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Unifi TV bakal menyiarkan secara langsung kesemua 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026, sekali gus menawarkan peminat bola sepak di Malaysia akses menyeluruh kepada kejohanan berprestij itu pada harga kurang daripada RM1 bagi setiap perlawanan.

Telekom Malaysia Bhd (TM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tawaran siaran berdefinisi tinggi (HD) berkenaan boleh dinikmati oleh pelanggan dan bukan pelanggan Unifi, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Pas musim penuh bagi kejohanan itu ditawarkan pada harga RM60, manakala pelanggan sedia ada Unifi TV layak menikmati kadar istimewa RM50 untuk mengakses semua perlawanan yang dijadual berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.

“Pelanggan baharu layak untuk menikmati tawaran istimewa ini dengan melanggan Pakej Unifi TV serendah RM12 sebulan,” menurut kenyataan itu. 

TM memaklumkan, pembelian pas musim Piala Dunia FIFA 2026 turut merangkumi akses percuma kepada lebih daripada 70 saluran premium Unifi TV termasuk HBO, Cinemax, AXN, beIN SPORTS, SPOTV dan tvN Movies, bermula 11 Jun hingga 10 Julai 2026.

Bagi peminat yang mahukan lebih fleksibiliti, pas harian ditawarkan pada harga RM20 bermula 12 Jun ini, menurut TM. 

TM memaklumkan siaran berkenaan boleh diakses secara lancar merentasi pelbagai peranti pilihan termasuk televisyen pintar, telefon mudah alih, tablet mahupun pelayar sesawang, lengkap dengan fungsi sorotan dan tayangan semula perlawanan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Segmen Perniagaan dan Pengguna TM Anand Vijayan berkata tawaran tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Unifi TV dalam menyampaikan kandungan siaran langsung berskala besar serta mengukuhkan peranannya sebagai platform digital utama untuk sukan dan hiburan.

“Sebagai satu daripada acara sukan dunia yang paling dinantikan, Piala Dunia FIFA 2026 layak mendapat pengalaman tontonan yang mudah diakses, lancar dan imersif,” katanya dalam kenyataan sama.

Orang ramai yang berminat melayari laman sesawang https://unifi.com.my/fifaworldcup2026 bermula hari ini manakala pelanggan sedia ada boleh berbuat demikian menerusi aplikasi MyUnifi, Portal Layan Diri Unifi, atau aplikasi Unifi TV 2.0.

Edisi 2026 bakal menyaksikan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada menjadi tuan rumah bersama dengan aksi pembukaan dijadualkan berlangsung di Mexico City pada 11 Jun manakala perlawanan akhir akan diadakan di New Jersey pada 19 Julai. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pendekatan pelbagaikan sumber perkukuh ketahanan bekalan tenaga negara – Amir Hamzah
Next: MASSA jalin kerjasama dengan Braindrop teroka insiatif keselamatan penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.