Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pinjaman HDC perkasa pembangunan komuniti rumah panjang di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Pinjaman HDC perkasa pembangunan komuniti rumah panjang di Sarikei

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Impian penduduk empat rumah panjang untuk menikmati kediaman yang lebih selesa dan berkualiti semakin menjadi kenyataan apabila projek pembinaan semula menerusi pinjaman Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) kini sedang berjalan mengikut perancangan.

Pinjaman pembinaan tersebut diperoleh hasil usaha Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat rumah panjang di kawasan luar bandar.

Katanya, rumah panjang yang menerima pinjaman HDC ialah Rumah (Rh) Robert Igo, Rh Edmund William, Rh Angelessa Johnie Tigong dan Rh Adeline Ligi.

“Kesemua projek pembinaan berkenaan kini sedang dilaksanakan dan dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk apabila siap sepenuhnya nanti.

“Setelah siap nanti, penduduk tidak lagi perlu tinggal di rumah yang usang dan kurang selesa.

“Mereka akan menikmati kediaman yang lebih baik serta persekitaran hidup yang lebih berkualiti,” katanya ketika meninjau perkembangan projek tersebut, semalam.

Tambahnya, bagi Rh Robert dan Rh Edmund, setiap pintu menerima pinjaman sebanyak RM50,000, manakala Rh Angelessa dan Rh Adeline menerima pinjaman sebanyak RM30,000 bagi setiap pintu.

“Kemudahan perumahan yang lebih baik amat penting dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar yang memerlukan sokongan berterusan daripada kerajaan,” katanya.

Tiong sii yang juga yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Sii turut mengadakan sesi dialog bersama penduduk Rh Rabeling, Rh Rambai, Rh Naning dan Rh Mawa bagi mendengar sendiri keperluan rakyat dan perkembangan pembangunan di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, sebanyak 170 pintu menerima bantuan projek yang akan memberi manfaat kepada penduduk rumah panjang terlibat.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada masyarakat Dayak, khususnya kaum Iban dan merakamkan penghargaan kepada penduduk yang terus memberikan sokongan kepadanya sepanjang menjadi wakil rakyat.

“Saya amat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

“Sebagai wakil rakyat, saya akan terus berusaha membawa pembangunan ke kawasan luar bandar, termasuk membantu masyarakat rumah panjang serta menaik taraf jalan raya, kemudahan sekolah dan meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya lagi.

Sementara itu, para tuai rumah menzahirkan penghargaan terhadap usaha Huang yang sentiasa mengambil berat kebajikan masyarakat rumah panjang dan komited dalam memperjuangkan pelbagai projek pembangunan untuk manfaat penduduk setempat.

Menurut mereka, beliau bukan sahaja membantu mendapatkan pinjaman bagi membina semula rumah panjang, malah sering turun padang bagi mendengar sendiri masalah serta keperluan masyarakat.

Mereka turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan yang seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ribuan hadir Rumah Terbuka Gawai Bukit Saban, perpaduan Sarawak terus diperkukuh
Next: Warisan budaya terus dipelihara menerusi sambutan Hari Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.