Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia tegas kepastian perniagaan di bawah dasar eksport satu pintu
  • GLOBAL

Indonesia tegas kepastian perniagaan di bawah dasar eksport satu pintu

Utusan Sarawak 5 hours ago
INDONESIA tegas kepastian perniagaan di bawah dasar eksport satu pintu. Foto hiasan.

JAKARTA: Indonesia hari ini menegaskan kembali jaminan kepastian perniagaan dalam pelaksanaan dasar eksport satu pintu bagi komoditi strategik, dengan menyatakan bahawa kontrak eksport sedia ada akan kekal sah selagi ia mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Danantara, dana kekayaan negara kedua Indonesia, dalam satu kenyataan akhbar memaklumkan bahawa syarikat pegangan milik negara, PT Danantara Sumberdaya Indonesia (DSI), akan melaksanakan mandatnya untuk memperkukuh tadbir urus eksport secara terukur, profesional dan bertanggungjawab di samping memastikan aktiviti perdagangan berjalan lancar.

“Kontrak yang telah ditandatangani boleh diteruskan selagi tidak berlaku ’under-invoicing‘,” menurut agensi itu sambil menambah bahawa usaha mengekalkan keyakinan rakan dagang antarabangsa dan pelabur kekal menjadi keutamaan.

Sepanjang tempoh peralihan yang bermula pada 1 Jun, DSI memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh sistem pelaporan dan pemantauan menerusi pendigitalan, termasuk pembangunan platform untuk menganalisis data transaksi eksport serta mengesan potensi isu ‘under-invoice’.

Agensi itu turut menyatakan bahawa peranannya selepas tempoh peralihan akan ditumpukan kepada usaha mempermudah dan menyelia aktiviti eksport tanpa menjejaskan hubungan komersial antara pengeluar dan pembeli, sekali gus memastikan transaksi eksport mencerminkan nilai sebenar. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Denmark jalankan bedah siasat terhadap paus ‘Timmy’
Next: Dron laut meletup di pelabuhan Constanta, Romania

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.