Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Denmark jalankan bedah siasat terhadap paus ‘Timmy’
  • GLOBAL

Denmark jalankan bedah siasat terhadap paus ‘Timmy’

Utusan Sarawak 5 hours ago
TANGKAP layar menerusi video diambil daripada rakaman News5 pada 4 Jun 2026 ini menunjukkan saintis dan pakar lain memeriksa bangkai seekor paus bongkok di pesisir Pulau Anholt, Denmark, sebelum bedah siasat dijalankan. Foto AFP

COPENHAGEN: Saintis dijadual menjalankan bedah siasat terhadap seekor paus bongkok yang dikenali sebagai ‘Timmy’ pada Khamis selepas kisah perjuangannya untuk kembali ke laut lepas menambat hati rakyat Jerman dan mencetuskan perhatian meluas media, menurut pihak berkuasa Denmark.

Paus itu, yang mengalami kesukaran selepas terdampar berhampiran pesisir pantai Jerman, mati selepas dibawa ke Laut Utara di perairan Denmark menggunakan tongkang sebelum dilepaskan pada 2 Mei dalam usaha penyelamatan terakhir.

“Bedah siasat dijangka dijalankan petang ini seperti yang dirancang,” kata Agensi Perlindungan Alam Sekitar Denmark kepada AFP menerusi e-mel.

Menurut agensi itu, keputusan pemeriksaan berkenaan akan diumumkan kemudian.

‘Timmy’, sebagaimana ia dikenali di Jerman, dipindahkan pada Sabtu ke pesisir Pulau Anholt, berhampiran lokasi haiwan itu ditemukan.

Selepas pertama kali dikesan dalam keadaan lemah di beting pasir pada 23 Mac, nasib mamalia marin itu menjadi perhatian rakyat Jerman selama beberapa minggu, dengan media berkumpul di pesisir Laut Baltik untuk mengikuti pelbagai usaha menyelamatkannya dan membolehkan paus itu berenang semula.

Namun, selepas beberapa percubaan menemui kegagalan, segelintir pakar mengkritik usaha penyelamatan yang diteruskan itu dibiayai secara persendirian oleh usahawan kaya sebagai tidak mendatangkan manfaat. — AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung Lewotobi Laki-Laki di Indonesia meletus, lapangan terbang terpaksa ditutup
Next: Indonesia tegas kepastian perniagaan di bawah dasar eksport satu pintu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.