Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Australia rampas 100,000 ekor lipas dalam serbuan penternakan haram
  • GLOBAL

Australia rampas 100,000 ekor lipas dalam serbuan penternakan haram

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR edaran bertarikh 26 Mei 2026 dan diterima pada 5 Jun 2026 daripada Jabatan Perubahan Iklim, Tenaga, Alam Sekitar dan Air Australia (DCCEEW) menunjukkan sebahagian daripada 100,000 ekor lipas seludup yang ditemui dalam satu serbuan ke atas sebuah penternak komersial di bandar Bathurst, barat Sydney. Foto AFP

SYDNEY, Australia: Pegawai hidupan liar membongkar satu operasi penternakan lipas haram di kawasan luar bandar Australia, sekali gus merampas sejumlah besar serangga bernilai lebih AS$100,000 di pasaran gelap bagi haiwan eksotik.

Lebih 100,000 ekor lipas seludup ditemui dalam satu serbuan ke atas sebuah premis penternakan komersial di bandar Bathurst, di barat Sydney, kata Jabatan Alam Sekitar Australia pada Jumaat.

PEGAWAI hidupan liar telah membongkar satu operasi penternakan lipas haram di kawasan luar bandar Australia, sekali gus merampas sejumlah besar serangga yang bernilai lebih AS$100,000 (71,000 dolar AS) di pasaran gelap untuk haiwan eksotik. Foto AFP

Antara yang ditemui termasuk lipas Madagascar “hissing”, iaitu sejenis serangga besar yang dinamakan sempena mekanisme pertahanannya yang mengeluarkan bunyi desisan, serta lipas dubia, spesies invasif yang dibiakkan sebagai makanan untuk cicak peliharaan.

Gambar menunjukkan salah satu lipas Madagascar yang dirampas hampir sebesar tapak tangan orang dewasa.

“Kami mengambil serius tanggungjawab melindungi biodiversiti unik Australia serta pelanggaran undang-undang alam sekitar negara ini,” kata jurucakap jabatan alam sekitar itu.

MEREKA menemui lipas Madagascar “hissing”, sejenis serangga besar yang dinamakan sempena mekanisme pertahanannya yang mengeluarkan bunyi desisan, serta lipas dubia, iaitu spesies invasif yang dibiakkan sebagai makanan untuk cicak peliharaan. Foto AFP

“Ini termasuk aktiviti pembiakan dan perdagangan lipas eksotik secara haram, dan kami memberi amaran kepada perniagaan haiwan peliharaan serta pemilik haiwan.”

Jabatan itu memaklumkan bahawa serangga haram tersebut dianggarkan bernilai sekitar AS$140,000 (A$200,000).

Pegawai kini berdepan tugas untuk memusnahkan serangga tersebut, yang terkenal sangat tahan lasak sehingga timbul legenda bandar bahawa ia mampu bertahan daripada letupan nuklear. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Beruang serang empat individu lolos dari kilang di Fukushima
Next: Krisis tenaga Cuba jejas penjagaan kesihatan, penghantaran bantuan – PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.