Tiga maut dihempap kren di India

Facebook
WhatsApp
SEBUAH kren terbalik semasa pembinaan jejambat Lapangan Terbang Jewar berhampiran Pahneda Khurd, di Faridabad pada hari Khamis, operasi menyelamat sedang dijalankan. Foto AGENSI

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tiga pekerja maut selepas sebuah kren menimpa mereka ketika cuaca buruk di negeri Haryana, utara India, menurut seorang pegawai tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan Faridabad, lokasi pembinaan sebuah jambatan bagi menghubungkan kawasan berkenaan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Noida yang baharu dibina di Jewar, negeri Uttar Pradesh.

Insiden berlaku pada petang Khamis ketika hujan lebat. 

Tapak pembinaan yang berlumpur dan licin menyebabkan sebuah kren besar tiba-tiba tumbang lalu menghempap sebuah kontena yang menempatkan beberapa pekerja binaan.

Seorang pekerja berjaya diselamatkan, manakala tiga lagi maut di tempat kejadian.- Bernama-Xinhua