Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dakwaan sindiket penipuan antarabangsa pindah operasi ke Malaysia belum disahkan – Polis
  • JENAYAH

Dakwaan sindiket penipuan antarabangsa pindah operasi ke Malaysia belum disahkan – Polis

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum dapat mengesahkan dakwaan yang mengatakan sindiket penipuan dalam talian, yang sebelum ini beroperasi di Myanmar, Laos dan Kemboja telah memindahkan pusat operasi mereka ke negara ini untuk mengelakkan kegiatan itu dikesan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata PDRM memandang serius dakwaan itu dan akan mendapatkan maklumat lanjut bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, tidak dapat disahkan, namun kita akan dapatkan maklumat terbabit daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa ada sindiket antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi terbaharu mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, susulan operasi dilakukan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Hishamuddin berkata pihaknya mengesan sekurang-kurangnya dua lokasi strategik di Malaysia yang dijadikan sebagai pusat operasi utama. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.