Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan bawa hujan lebat ke Tokyo selepas melanda barat Jepun
  • GLOBAL

Taufan bawa hujan lebat ke Tokyo selepas melanda barat Jepun

Utusan Sarawak 2 hours ago
ORANG ramai meneruskan perjalanan dalam hujan lebat yang dibawa oleh ribut tropika kuat Jangmi di Tokyo, hari ini. Foto AFP

TOKYO: Taufan Jangmi membawa hujan lebat ke kawasan metropolitan Tokyo hari ini, menyebabkan sungai mencecah paras bahaya serta mengganggu penerbangan dan kereta api, selepas terdahulu melanda bahagian selatan Wilayah Wakayama di barat Jepun, lapor Kyodo News.

Taufan keenam musim ini itu menimbulkan kebimbangan banjir di wilayah berkenaan di mana ia mendarat sekitar 4.30 pagi.

Agensi cuaca turut mengeluarkan amaran bahaya banjir tahap 5 tertinggi untuk Sungai Koza, mengatakan ia mula melimpahi tebing, sebelum pihak berkuasa tempatan menarik balik langkah keselamatan kecemasan untuk kawasan hiliran pada 8.50 pagi.

Ketua Setiausaha Kabinet Minoru Kihara berkata pada sebelah pagi kerajaan telah menerima laporan mengenai jalan raya yang dinaiki air, pokok tumbang dan tanah runtuh dari Kyushu ke wilayah Kanto, termasuk Tokyo, ketika taufan itu membawa hujan lebat di kawasan yang luas.

SetakatĀ 6.00 pagi, 15 orang mengalami kecederaan ringan di Wilayah Okinawa dan enam rumah rosak, katanya.

ORANG ramai meneruskan perjalanan dalam hujan lebat yang dibawa oleh ribut tropika kuat Jangmi di Tokyo, hari ini. Foto AFP

Hujan lebat berterusan di kawasan metropolitan Tokyo pada sebelah pagi dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran bahaya banjir untuk beberapa sungai di ibu negara.

Amaran itu bermakna orang ramai di kawasan berbahaya harus bersedia untuk berpindah dan mungkin perlu menyelamatkan diri sebelum pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan berpindah.

Agensi Meteorologi Jepun dan pihak berkuasa tempatan juga mengeluarkan amaran bahaya tanah runtuh untuk sebahagian Tokyo, termasuk Shinagawa, manakala amaran hujan lebat dikeluarkan untuk Tokyo serta wilayah jiran Chiba dan Kanagawa, antara kawasan lain.

Japan Airlines dan All Nippon Airways membatalkan semua penerbangan domestik pagi di lapangan terbang Haneda Tokyo, serta beberapa penerbangan antarabangsa.

Beberapa perkhidmatan kereta api ekspres terhad JR yang menghubungkan kawasan Tokyo dengan wilayah lain turut dihentikan operasi sementara.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Thaksin terima pembebasan penuh di bawah pengampunan diraja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.