Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sokongan rakyat dorong Tiong Sii terus perjuang pembangunan Sarikei dan Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Sokongan rakyat dorong Tiong Sii terus perjuang pembangunan Sarikei dan Meradong

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Sokongan berterusan masyarakat pelbagai kaum menjadi pemangkin kepada Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii untuk terus memperjuangkan pembangunan dan kebajikan rakyat di kawasan Sarikei dan Meradong.

Katanya, sokongan yang diberikan oleh rakyat semasa pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) yang lalu menjadi amanah besar yang perlu diterjemahkan melalui usaha berterusan dalam membela nasib dan memenuhi keperluan masyarakat.

“Sokongan ini menjadi dorongan untuk saya terus menyuarakan isu dan keperluan rakyat di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) demi memastikan pembangunan yang lebih menyeluruh dapat dinikmati oleh rakyat,” katanya ketika menghadiri Majlis Ngabang Hari Gawai Dayak 2026.

Majlis tersebut telah diadakan di empat rumah panjang iaitu Rumah (Rh) Kinchu Ajan, Rh Pitre Ambit, Rh Clement Asuh dan Rh Anthony Suding yang menyaksikan kehadiran penduduk serta pemimpin masyarakat setempat.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, ia bukan sahaja memberi peluang kepada beliau mendekati rakyat, malah menjadi platform penting untuk mendengar sendiri pandangan, masalah dan keperluan masyarakat setempat.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penduduk rumah panjang atas jemputan dan sambutan mesra yang diberikan sepanjang kunjungan tersebut.

“Ia berperanan sebagai wadah mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat dalam suasana penuh kemeriahan sempena sambutan Hari Gawai.

“Perayaan ini bukan sekadar meraikan warisan budaya masyarakat Dayak, malah menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menerajui kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan kestabilan politik dan pembangunan ekonomi negeri terus diperkukuhkan.

“Di bawah kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif pembangunan dan bantuan kepada rakyat terus dilaksanakan, termasuk di kawasan luar bandar, khususnya rumah panjang, bagi memastikan tiada yang tercicir,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Golongan wanita digesa rebut peluang keusahawanan dan manfaat teknologi digital
Next: ‘Ngiling Tikai’ Rumah Limbi Jambar perkukuh perpaduan, tutup tirai sambutan Gawai Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.