Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis di Bintangor
  • JENAYAH

Lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis di Bintangor

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENAGIH dadah ditahan oleh pihak polis, baru-baru ini. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang lelaki berumur 32 tahun ditahan pihak polis selepas didapati positif dadah dalam satu operasi membanteras penyalahgunaan dadah yang dijalankan di daerah ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering berkata, suspek ditahan kira-kira 10.50 pagi oleh sepasukan anggota Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong ketika menjalankan Ops Tapis.

Katanya, suspek kemudiannya dibawa ke IPD Meradong untuk tindakan lanjut.

“Saringan ujian air kencing terhadap suspek di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Berdasarkan semakan rekod lampau, dapati suspek tiada mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tegasnya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Saya menyeru supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah boleh menghubungi Balai Polis Bintangor menerusi talian 084-693222 bagi membantu pihaknya membanteras gejala tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wanita reka cerita disamun di Miri, kini disiasat polis
Next: Dakwaan sindiket penipuan antarabangsa pindah operasi ke Malaysia belum disahkan – Polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.