Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki dikhuatiri lemas ketika beriadah bersama keluarga di Batang Ai
  • KEMALANGAN

Lelaki dikhuatiri lemas ketika beriadah bersama keluarga di Batang Ai

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

LUBOK ANTU: Seorang lelaki berusia 31 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai hilang ketika mandi-manda bersama keluarganya di kawasan Hidro Batang Ai, Lubok Antu, petang tadi.

​Mangsa dilaporkan hilang selepas terjun ke dalam air dan gagal timbul semula ke permukaan.

​Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 6.05 petang.

​”Menurut maklumat awal daripada pengadu, mangsa sedang beriadah bersama ahli keluarganya.

“Bagaimanapun, ketika mangsa terjun untuk mandi, dia terus tidak kelihatan di permukaan air,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

​Menyedari mangsa tidak timbul, pihak keluarga segera melakukan pencarian awal di sekitar lokasi kejadian, namun usaha tersebut menemui jalan buntu sebelum bertindak menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

​Susulan laporan itu, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong yang terletak kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian telah digerakkan ke tempat kejadian.

​Operasi menyelamat tersebut diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Penguasa Bomba (PPgB) Muhammad Badrulamin Mohammad Fodzi (Ketua Balai BBP Betong) bersama Penyelia Pasukan, PBK I Abang Mohd Fadzil Abang Abdul Manaf.

​Logistik operasi melibatkan sebuah jentera Urvan, sebuah pacuan empat roda, dan sebuah bot gentian kaca bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR).

​Setakat berita ini ditulis, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian dan status mangsa masih dilaporkan belum dijumpai. 

Maklumat lanjut mengenai perkembangan operasi akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Empat cedera selepas kenderaan terbabas di Jalan Pegong
Next: Lelaki hilang ditemukan meninggal dunia di Hidro Batang Ai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.